About Me

My photo
Kajang, selangor, Malaysia
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia Terima kasih kerana melawat blog ini dibuat khas untuk peminat arnab,berkongsi cerita dan hobi.arnab yang ada disini untuk dipelihara sebagai haiwan kesayangan.kunjungan anda amat dialu-alukan.Nasihat,pandangan dan tunjuk ajar dari semua amat diperlukan.. h/p no 0172691072. manjalara44@yahoo.com Maaf jika ad kekurangan dan komen lah kerana inya dapat membantu saya

Tuesday, May 31, 2011

Alhamdulailah Syukur Pada Nya

Assalamulaikum disini sy ada berita terbaru ANJE TELAH MELAHIRKAN ANAK 3EKOR SIHAT2 belaka aku berdoa agar dye menjaga ank2 dye sihat2 dan cepat membesar daku hrp dye jaga ank dye mcm mn dye jaga ank yg first AMIN......

p/s
Pic anak2 dye baru nanti saya masukkn

Wednesday, May 25, 2011

Thrianta


Thrianta yang asal adalah baka yang dihasilkan oleh breeder Belanda, Mr Andrea.
(Orange kan warna royal family Dutch)
Akan tetapi sebab kurangnya minat dari breeder belanda, baka ini tidak berkembang.
Di Germany terdapat breeder yang menghasilkan baka seakan Thrianta dan dinamakan Sachsengold. Seorang breeder Sachsengold dr Germany, Mr Kissner telah membeli stock terakhir Thrianta dr Belanda untuk meningkat kualiti arnab nya.
Dan pada tahun 1079, nama baka Sachsengold telah ditukar kpd Thrianta bg memperingati Mr Andrea.
Warna Thrianta – Self Orange, no white belly, tiada Dark rim pada telinga, tiada ticking
Berat – 2-3 kg.

Jenis Arnab

Baka arnab

Baka arnab dibahagikan kepada 3 iaitu baka pendaging,baka bulu dan baka hiasan.
Baka pedaging telah dibiakkan atas ciri pertumbuhan dan capaian saiz yang cepat, meat ratio yang tinggi, tahap kesuburan yang tinggi. contohnya New Zealand White, California, American Giant Chincilla.
chinchilla
newzealandwhite
Baka bulu pula adalah baka yang dihasilkan atas tujuan untuk mendapatkan “wool” atau “pelt”. Antara baka yang terhasil ialah Giant Angora yang dapat menghasilkan wool yang byk sepanjang tahun & Rex yang menghasilkan pelt seakan baldu.
angora rabbit Rex Rabbit
Semua baka diatas boleh dijadikan pet, akan tetapi terdapat baka yang sememangnya dihasilkan khas untuk tujuan pet/Hiasan.
Baka hiasan kurang sesuai dijadikan pedaging kerana capaian saiz yang lambat, bone ratio yg tinggi, lambat matang. Antara baka pet yang kita ketahui ialah Netherland Dwarf, Holland Lop, Thrianta, Lionhead etc.
netherland dwarf
lionhead rabbit

Tuesday, May 24, 2011

Kenali Bahasa Arnab

Repost dari Lazybunny-
sebentar lagi anda akan diberitahu mengenai apa yang cuba disampaikan oleh arnab anda…. dalam MARI BELAJAR BAHASA ARNAB
1.Mengerik gigi yang lembut – Bermakna arnab anda Happy ( biasa ketika anda mengusap di bahagian kegemaran; seperti dipipi, dahi atau belakang telinga.
2.Bunyi nafas seperti berbisik – arnab anda Happy
3.Menghentak kaki belakang – ia takut, rasa terancam, marah, dan mungkin juga terlalu gembira.. biasanya selepas lama dikurung dan dilepas keluar dari sangkar
4.Berderam, mengeram, berdesir – ini menandakan arnab anda sedia untuk menyerang, gigit atau cakar. jangan ganggu dan biarkan sahaja
5.menjerit dengan kuat – bermakna dia dalam ketakutan yang teramat sangat atau kesakitan, DENGAN SEGERA perhatikan mereka.
6.Honking ( bunyi seperti angsa) – inginkan perhatian atau meyampah dengan kehadiran anda.
7.Mencium anda dengan perlahan – ia menyambut kehadiran anda dan minta perhatian
8.Berlari berpusing pusing dan melompat tinggi (Binky) – terlalu gembira
9.Chinning (mengusap dagunya) – cara arnab menandakan haknya, termasuk anda
10.mengerakan rahang sepeti menguyah – dia sedang relex
11.makan najis – jangan hairan arnab anda tidak apa apa, ini adalah cara semulajadi arnab mengambil nutrien
12. menaikan pungung dan ekor – dia menyahut seruan alam.. nak kencing lah tuu
13.berlari mengelilingi anda – ia tertarik kepada anda, jika arnab anda bleum dikembiri, ini adalah cara arnab menyatakan anda adalah teman yang sesuai.
14.menarik baju anda, meletakan kaki hadapan pada anda, atau melompat keatas riba – minta perhatian
15.cuba menyerang – dengan jelas dia tidak suka kehadiran anda
16.jika ia berlari kesana sini – ia menikmati kebebasannya
17.Jika ia mengigit ketika anda sedang melakukan rutin lain – ia inginkan perhatian ( jangan marah… gigitan arnab memang sakit. Tapi arnab tidak tahu)
18.Jika arnab anda bergerak menjauhi anda – dia masih was was dengan anda dan mungkin merajuk. Cuba usap dahi dan telinganya dan mungkin berikan ia treat
19.arnab jantan atau betina anda cuba mengawani kaki anda – menandakan dominasinya .. anda adalah haknya
20.Jika arnab mempunyai sepasang arnab, dan yang jantan mula mendegus, ini menandakan ia bersedia untuk megawan
21.Jika arnab ada terdiri daripada dua jantina yang sama, dan mengelilingi sesama sendiri, itu adalah permulaan pergaduhan… asingkan sebelum ada yang mati atau cedera
22.Jika arnab betina yang belum dikembiri mula mengumpul daun daun, kertas , atau mencabut bulu ini tandanya ia akan melahirkan . Tujuan pengumpulan daun dan mencabut bulu adalah untuk membuat sarang.
23.Jika arnab anda kelihatan dalam keadaan cuba mengawan tetapi di bahagian kepala arnab lain, ini cara ia mengatakan.. I’m The boss…. awasi kerana mungkin terjadi pergaduhan.
24.Arnab anda termenung atau mogok tak mahu makan dan minum- ambil perhatian arnab anda mungkin sedang sakit
25.terbalikan bekas makanan dan minuman – bermain ( ia ingin jadikan bekas tersebut sebagai permainan) atau protes tunjuk perasaan /minta perhatian
26.perbuatan seperti mengali tanah dan mengaru garu lantai, hujung sudut sangkar – ini sifat semula jadi arnab yang memang tidak dapat dibuang ia seperti sedang Mengali Tanah

Teknik menyusu arnab secara manual

Teknik menyusu arnab secara manual

Menyusukan arnab secara manual ada 2 cara.
1. Meletakkan kedudukan ibu arnab seperti di gambar (1) di atas riba anda atau di atas lantai, boleh juga di dalam bakul atau nestbox. Jika si ibu tidak tenang atau ingin bergerak ke tempat lain, anda perlu menenangkannya dengan cara mengosok di bahagian kepalanya. Letakkan anak arnab di bahagian bawah perutnya dan biarkan anak arnab menyusu sehingga kenyang. Cara ini agak sukar untuk kita ketahui samada anaknya dapat menyusu atau tidak.

Cara ke 2:-
Menelentangkan ibu arnab seperti gambar ke dua, rujuk gambar ke 2 dan ke 3. Pegang kedua tangan ibu arnab jika dia meronta..perlu diingat setiap kali menyusukan arnab secara manual, anda haruslah menenangkan si ibunya terlebih dahulu. Jika tidak kemungkinan si ibu akan menendang dan anaknya yang telah diletakkan di atas perutnya akan terjatuh. Apabila si ibu telah tenang, letakkan anak arnab di atas perut ibunya dan biarkan ia mencari sendiri puting susu atau dengan bantuan dari anda. Cuba dengan seekor anak arnab dan kemudian letakkan anak arnab yang lain. Maksimum yang dicadangkan ialah 3 ekor supaya penghasilan susu lebih banyak dapat dihasilkan berbanding dengan menyusukan seekor demi seekor.



Bagaimana hendak tahu anak arnab sudah kekenyangan susu?
1. Perhatikan perut anak arnab, anda akan dapati ada bentuk bulat keputihan dan kembung. Maknanya anak arnab telah berjaya disusukan.

Saya lebih suka menggunakan kaedah yang kedua kerana lebih mudah untuk memperhatikan samada anak arnab dapat menghisap susu atau tidak. Sepanjang proses penyusuan, anda haruslah bijak supaya si ibu arnab sentiasa tenang. Seringlah gosok-gosok di bahagian kepalanya. Semoga berjaya!!
** Pictures Source From
>> http://www.welshrabbitry.com/birth.html
>> http://miepeatyrabbit.blogspot.com/2010/01/menyusu-cara-manualmember2-yg-ajar-aku.html

Makanan Kesihatan untuk Simanja

Rumput Israel sebagai makanan arnab

Sebelum ini saya tidak tahu bagaimanakah rupanya rumput Israel..rupa-rupanya rumput nie biasa saya lihat di semak-samun, dalam hutan, tepi-tepi jalan,di sekitar kawasan yang terbiar atau di kebun-kebun. Tumbuhan ini tumbuh dengan subur terutama di tanah berpasir dan kawasan yang agak redup. Daunnya bersaiz kurang daripada 3 cm lebar  dan 5 cm panjang. Manakala batangnya agak lembut dan berair serta bunganya berwarna putih.
Tumbuhan ini tumbuh menjalar atau tegak. Kebiasaanya dijumpai di bahagian utara Semenanjung, di kawasan berpasir.
ARA SONGSANG
Acanthaceae
Asystasia  coromandeliana
Ara Songsang/Rumput Israel
Khasiat rumput Israel ialah seperti berikut :-
  • mengandungi Crude Protein yang tinggi berbanding rumput-rumput lain
  • boleh juga untuk merawat masalah batin arnab, contoh…jika nak kasi arnab subur,sering beranak-pinak..kasi jer makan rumput nie
Tapi, di kawasan sekitar umah saya nie xde pulak rumput Israel nie tumbuh melata..jika ada dah lama saya kasi jer pada mereka..jika rumput Israel nie ada di kawasan sekitar anda bagi jer lah pada arnab anda..mereka pasti sukakannya!
Pastikan rumput Israel tu tiada terkena semburan racun..nanti mati lak arnab tu…..

Susu Gantian Arnab

  • Susu gantian arnab atau di dalam bahasa Inggerisnya, Kitten Milk Replacer (KMR) adalah susu yang dirumus khas untuk anak arnab dan kucing yang mengalami kematian ibu.

Susu ini juga boleh dibuat sendiri berdasarkan bahan-bahan seperti berikut :-
3 oz condensed milk
3 oz water
4 oz plain yogurt (not low-fat)
3 large or 4 small egg yolks (no whites)
atau,
1/4 of a banana
1/8 cup regular rabbit food pellets
1/4 cup unflavored Pedialyte
1/8 cup canned pumpkin
  • Selain daripada itu, anda boleh memberi susu kambing kepada anak arnab.
  • Alternatif lain pula ialah ‘ibu angkat’. Letak anak arnab bersama-sama anak arnab yang lain untuk menyusu.
Pastikan anda hanya memberi anak arnab tersebut susu 2x sehari sahaja. Contoh, waktu pagi dan malam.
Baru lahir – 1 minggu : 2 – 2+1/2 cc/ml setiap kali susuan  (2x susuan).
1-2 minggu : 5-7 cc/ml setiap kali susuan  (2x susuan). (bergantung kepada saiz anak arnab, jika kecil..bagi sedikit).
2-3 minggu : 7-13 cc/ml setiap kali susuan  (2x susuan). Anak arnab harus dipastikan proses pembuangan air kecil dan besarnya berfungsi dengan baik. Jika ada najis yang terlekat, anda harus membersihkannya.Biasanya mata anak arnab akan terbuka pada usia 10-14 hari. Kemudian anda boleh perkenalkannya dengan pellet, sedikit sayuran (sawi,napier,ulam raja,kailan,epal) dan
3-6 minggu: 13-15 cc/ml setiap kali susuan  (2x susuan)–kuantiti susu bergantung kepada saiz arnab..Kebiasaanya , pada usia 6-8 minggu..anak arnab boleh diceraikan susu.

Monday, May 23, 2011

Berus Sliker utk grooming atau trimming

Ini ialah contoh berus sliker atau slicker brush yang boleh anda gunakan untuk menyikat atau memberus arnab anda yang berbulu panjang (baka Angora etc). Berus ini berfungsi untuk merapi dan mencantikkan bulu arnab anda dan ia juga boleh menjadikan flea mites (kutu bulu) terjatuh atau gugur daripada bulu arnab anda. Terdapat pelbagai pilihan rupa, gaya dan material berus sliker ini.
Ini pula ialah berus sliker yang saya gunakan untuk memberus arnab saya..
>> Berus Sliker atau Slicker Brush
Berus ini diperbuat dawai yang lembut, ia tidak menyakitkan badan arnab apabila anda menggunakannya..mengikut kata jual tu, apabila disikat, bulu arnab,kucing atau anjing akan jadi cantik mengembang…jadi, rajin-rajinlah menyikat bulu arnab anda agar ia tidak bergumpal. Bila dah bergumpal tu, bulu arnab kena la potong, xde cara lain dah..hehe..
Oke,nie pula kata-kata daripada packaging…

Kod Warna Bulu Arnab

Nie saya share kan untuk anda semua…
Disclaimer: this list is meant to give a general idea of color variations, not to represent an exhaustive list or to accurately describe rabbit color standards as published by the American Rabbit Breeders Association for show or breeding purposes (see the ARBA site for detailed and official descriptions).
Agouti: bands of color occur on each hair – the colors of these bands vary depending on the type of agouti coloration.
Black: dark black.
Black otter: black body with lighter underside, hair may be orange tinted at the border of the black and lighter color.
Blue: medium or slate blue.
Blue otter: blue coat with fawn tipped guard hairs, fawn areas.
Blue steel: blue with silver or tan “ticking” (see below)
Blue tortoiseshell: blue and beige.
Broken: white with any color patches or spots, with nose markings, colored ears, and eye circles.
Brown-gray agouti: blue at base, then medium tan, charcoal, and tan at tip.
Californian: white body with black on nose, ears, tail, feet.
Castor: brown over top, slate blue undercoat, with orange or red in between.
Chinchilla: slate or black blended with pearl, black tipped guard hairs.
Cinnamon: rust or reddish-brown color.
Chocolate: deep dark brown.
Chocolate agouti: bands of tan and chocolate with a chestnut tip.
Chocolate chinchilla: chocolate and pearl with chocolate tipped guard hairs.
Chocolate steel: chocolate with tan or silver ticking.
Chocolate tortoiseshell: creamy chocolate with fawn.
Copper agouti: bands of red/orange and dark slate with red at tip, ticked with black tipped guard hairs.
Cream: pinkish beige to almond.
Fawn: straw color.
Frosted pearl: pearl with black, blue, chocolate or lilac shading.
Gray: three different colors of hair: black, black with tan tip, and black with tan band, and slate undercolor.
Light gray: agouti with slate blue at base, off white in middle, and light gray at tip, with black tipped guard hairs.
Lilac: pinkish pale gray
Lilac chinchilla: lilac and pearl ticked with lilac tipped guard hairs.
Lilac steel: lilac with tan or silver ticking.
Lilac tortoiseshell: lilac and beige.
Opal agouti: slate blue at base of hair, then gold, then blue tip.
Orange: light to bright orange.
Pearl: light creamy gray.
Pointed white: white with black, blue, chocolate or lilac colored nose, ears, feet, tail (like a Himalayan coloring).
Red: rich brown red color.
Sable: dark grayish brown.
Sable marten: siamese sable coloring with silver tipped guard hairs.
Sable point: cream body and sable on nose, ears, feet and tail.
Sandy: reddish tan. Seal: dark (almost black) sable.
Self group: solid color in black, blue, lilac, blue eyed white, and ruby eyed white.
Shaded group: color transitions from dark to light (e.g. frosted pearl, sable, sable point, siamese sable, seal, tortoise).
Silver or silver fox: silver with white or white tipped hairs.
Silver Marten: black, blue, chocolate or lilac with silver white markings and silver tipped guard hairs.
Tan Pattern: marks (not necessarily tan) on nostril, eye circles, jowls, inside ears, belly, inside led, underside of tail. Groups included marten and otter colorations.
Ticking: solid or tipped guard hairs different than the main coat color interspersed throughout the coat.
Tortoise: orange with black, blue, chocolate or lilac.
Tortoiseshell: orange or dark fawn and black.
Tri-colored: white with any of black and orange, lavender blue and fawn, chocolate and orange, gray and fawn.
Lagi satu…
The recognized color groups are:
Agouti: includes chinchilla, chestnut agouti, and opal.
Broken: which are white with colored spots and /or pattern, including tri colors.
Ticked: these have a steel gene and ticking, colors include: gold tipped or silver tipped black/blue/chocolate/lilac steel, silver fox, sable or smoke pearl steel.
Self group, white pointed: these are a solid color with no ticking and include includes: black, chocolate, blue, ruby eyed white, lilac, etc.
Shaded: these show shaded markings with colors such as: seal, sable point, sable, smoke or frosted pearl, tortoise, etc.
Wide band: includes cream, red, orange, and fawn.
Classifications include: solid pattern and broken pattern     There are also many colors that are not recognized (though some are in the process of becoming recognized) including: harlequin, otter, silver marten, blue seal, broken pointed white, chocolate or blue point, etc.

Jangkitan kuku arnab

 

bexton Ubat Kurap Gambar di sebelah ialah ubat kurap Bexton yang diberikan secara oral kepada dua ekor arnab saya yang disyaki mengalami masalah kurap iaitu mengalami jangkitan kuku di sekitar kuku (20 kuku semuanya sakit). Di sekitar kuku arnab mengelupas dan berwarna kemerahan. Saya lihat juga seolah-olah arnab saya kegatalan. Selalunya penyakit kurap nie dijangkiti bahagian telinga dan sekitar badan arnab…inilah pertama kali arnab saya menghadapi masalah ini. Semuga arnab saya akan segera sembuhlah hendaknya.
Pada mulanya susah jugak nak beri Blink & Spike nie makan ubat…tapi hari ini hari ke 2, mereka agak tenang sedikit..nampak macam sedap la pulak bila tengak Blink & Spike menjilat-jilat ubat tu yang terlekat sekitar mulutnya. Saya gunakan syringe khas untuk small animals, tapi da rosak sket kerana hujungnya kena gigit dek Blink..Sukatan Bexton nie yang disyorkan bagi anda yang menghadapi masalah kurap adalah seperti berikut :-
  • 0.3ml – anak arnab berusia 6 minggu ke atas
  • 0.5ml – arnab dewasa
Gunakan selang 14 hari. Tidak boleh diberikan kepada ibu arnab yang sedang hamil dan menyusukan anak.
Bexton Itin Vet – Oral Solution (Ivermectin oral solution)
- sesuai untuk merawat dan mengawal secara dalaman dan luaran masalah parasit bagi arnab,kucing,lembu,kambing,anjing dan kuda.

Sunday, May 22, 2011

Design Rumah/Sangkar/Reban arnab



Untuk memulakan secara kecil-kecilan anda perlu sediakan/dapatkan beberapa perkara yang dibawah ini.
1. 6 buah sangkar dawai brc (10 – 14 gauge) berukuran 2’ x 3’ x 1.5’ setiap sangkar. Ini bagi menempatkan seekor arnab baka.
2. Reban kecil untuk memuatkan sangkar-sangkar di dalamnya berukuran lebih kurang 4’ x 22’ x 6’ . Sangkar dimasukkan dalam reban ini. Bumbung hendaklah dipasang bersama.
3. Sumber air minuman yang bersih dan sega

PENTERNAKAN ARNAB PEDAGING SECARA KOMERSIAL

  1. SISTEM PENGELUARAN
BAGAIMANA MENTERNAK ARNAB DAGING SECARA KOMERSIAL ?
Peternakan arnab daging secara komersial hendaklah meliputi dua bahagian utama yang saling berkaitan tetapi dalam sistem pengurusan yang berbeza sedikit iaitu:-
  1. Unit pembiakan baka.
    Penternakan untuk pembiakan baka adalah untuk menghasilkan baka baka mengikut jurusan tertentu, dalam hal ini adalah jurusan pedaging, dan kumpulan ini dipangil stok induk. Dari stok lnduk ini pula melalui program pembiakan yang di tetapkan akan menghasilkan pula stok induk tual.
  2. Unit pengeluaran daging.
    Kumpulan stok induk tuai tadi dengan melalul program pembiakan akan menghasilkan pula anak-anak. Semua anak-anak ini akan digemukkan dalam masa 2-3 bulan untuk mendapatkan dagingnya.
    Penternakan arnab selain untuk pengeluaran daging juga digunakan untuk pengeluaran fur (kulit bersama bulunya) dan wol (bulu). Bagaimanapun cara pengurusan adalah belainan sedikit.
  • BAKA
APAKAH BAKA ARNAB YANG SESUAI DITERNAK UNTUK PENGELUARAN DAGING SECARA KOMERSIAL ?
Baka-baka yang sesuai untuk pengeluaran daging adalah seperti:
  1. New Zealand White.
  2. Calfornian.
  3. Carolina.
  4. New Simonare.
  5. Sepanyol.
  • PEMILIHAN BAKA
APAKAH PERBEZAAN ANTARA ARNAB BAKA IMPORT DAN BAKA TEMPATAN ?
Amab tempatan mempunyai berbagai warna yang bertompok seluruh badan. Keistemewaan amab tempatan ini adalah mempunyai lebih ketahanan terhadap serangan penyakit tetapi kadar tumbesarannya lambat. Untuk permulaan boleh juga menggunakan amab tempatan. Tetapi untuk pengeluaran komersial adalah digalakkan menggunakan baka pedaging.
Pemillhan baka Peddging biasanya diimport diimport di atas adalah kerana berapa cirl pedaging yang ada pada amab import lebih ketara berbanding pada amab tempatan, seperti:
  1. Purata bilangan anak peranakan 7-9 ekor.
  2. Purata bilangan anak masa cerai susu 6-8 ekor.
  3. Berat akhir boleh dicapai pada masa umur 2 bulan.
  4. Berat dalam masa dua bulan adalah lebih kurang 2 kg.
  • PUSAT JUALAN BAKA
DI MANAKAH BAKA-BAKA ARNAB BOLEH DIDAPATI DAN BERAPAKAH HARGANYA ?
Baka arnab jurusan pedaging ini adalah baka-baka arnab yang boleh dimport dari negara-negara seperti United Kingdom, German Barat, ltali dan Peranchis.
Namun begftu, terdapat beberapa ladang di negara kita yang telah menjual baka-baka ini, dan harganya adalah lebih murah berbanding dengan import secara terus. Senarai ladang-ladang dalam appendix 1.
  • SAIZ EKONOMI
BERAPAKAH SAIZ EKONOMI PETERNAKAN ARNAB PEDAGING
  1. Untuk hobi atau permulaan boleh menggunakan satu set iaftu satu pejantan (arnab jantan dewasa) dan 5 ekor induk (arnab betina dewasa)
  2. Untuk secara sampingan pula boleh mulakan secara sederhana besar iaitu 50 induk dan 10 pejantan.
  3. Untuk pengeluaran secara penuh masa boehiah memulakan 500 induk dan 100 pejantan.
  • PEMILIHAN KAWASAN
APAKAH CIRI-CIRI PEMILIHAN KAWASAN YANG BAIK UNTUK MENTERNAK ARNAB PEDAGING ?
Beberapa ciri yang boleh dijadikan garis panduan dalam pemilihan sesuatu kawasan untuk menternak arnab seperti dibawah:
  1. Berhampiran dengan pusat jualan dan pemprosesan.
  2. Jauh dari kawasan industri, perbandaran, perumahan dan aktivfti ternakan/ ternakan lain.
  3. Mempunyal kemudahan infrastruktur seperti jalan, bekalan letrik, dan sumber air yang bersih.
  4. Peredaran udara yang balk dan memuaskan.
  5. Dataran tanah membolehkan kedudukan panjang bangsal dibina secara selari dengan arah terbit/terbenam matahari.
  • KAWALAN PENYAKIT
APAKAH LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENCEGAH DARI SERANGAN PENYAKIT ?
Untuk panduan umum, langkah-langkah kawalan penyakit yang minimum adalah seperti berikut:
  1. Sekftar kawasan hendaklah bersih
  2. Hadkan pegerakan pekerja dan kurangkan pelawat masuk
  3. Langkah kebersihan hendaklah diamalkan semasa menyentuh setiap arnab
  4. Lakukan rawatan seberapa yang boleh. Kalau tidak berjaya bolehlah ditakal (terutama kalau bilangan arnab banyak) dan cara ini telah diamalkan dikebanyakan negara lain.
  5. Tanamkan arnab yang mat! dalam lubang yang jauh dari reban jika tidak/selepas post mortem).
  6. Dapatkan stok arnab dari ladang arnab yang mempunyai mutu kesihatan yang tinggi.
  7. Jika berlaku kematian yang mengejud dan melibatkan bilangan arnab yang banyak, lapor dengan segera kepada Pejabat Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berhampiran.
  • MENYIMPAN REKOD
APAKAH KEPENTINGAN MENYIMPAN REKOD DALAM PENTERNAKAN ARNAB ?
Kepentingan menyimpan rekod adalah untuk:
  1. Mengetahui jumlah ternakan arnab mengikut peringkat umur, jantina dan baka.
  2. Untuk mengetahui pretasi setiap ekor terutama dalam pemilihan anak untuk dijadikan baka.
  3. Untuk memudahkan program pembiakan.
  4. Memudahkan kerja harian seperti menguruskan (mengendalikan) arnab yang bunting, beranak dan menjalankan proses cerai susu.
  • MAKANAN UTAMA
DIMANAKAH MAKANAN PELET ARNAB BOLEH DIBELI ?
Makanan ini boleh dibeli dikedai-kedai makanan ternakan arnab dan dikeluarkan dalam beberapa jenama. Makanan ini berbentik pelet atau untilan yang keras, yang mempunyai saiz garispusat 4 mm dan paniang 2-3 sm.
Diisi dalam beg-beg dan berat setiap beg mengandungi 50 kg pelet. Makanan ini mengandungi segala zat-zat untuk pertumbuhan badan arnab sekurang-kurangnya pada kadar kuantiti yang minimum. Disamping itu makanan ini boleh disimpan untuk jangka masa yang lebih lama dalam stor dan boleh digunakan apabila dikehendaki.
Senarai pembuat makanan ternakan arnab seperti dalam appedix 2.
  • CARA PEMBERIAN MAKANAN
ADAKAH APA-APA MASALAH DALAM PENGUNAAN MAKANAN PELET INI ?
Masalah dalam pengunaan makanan ini adalah mutunya tidak tetap. Juga banyak untilan yang mudah pecah dan lebih banyak berdebu. Kerapkaii kandungan zat-zat tidak tetap dalam setiap beg makanan yang dibeli. Oleh ftu pillhiah jenania dari pengeluar makanan arnab yang disyorkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan.
Kerap kali, apabila bedaku masalah ini, penternak menukar makanan arnab kepada jenama lain. Perbuatan ini adalah tidak digalakkan, kerana akan memberi masalah yang lebih besar kepada arnab seperti kembung dan boleh mengakibatkan kematian.
Kalau perlu membuat penukaran makanan (atau memberi makanan yang baru dibeli walaupun dari jenama yang sama), lakukan percampuran dengan makanan yang sedia ada secara perlahan-lahan dalam masa 1 minggu. Jangan lakukan pertukaran secara mendadak atau sekaligus.
  • MAKANAN TAMBAHAN
ADAKAH DAUN-DAUN BOLEH DIBERI KEPADA ARNAB PEDAGING ?
Pemberian bahan hijau ini hendaklah diingati sebagai makanan tambahan sahaja. Jumlah yang patut diberi adalah mengikut jumlah yang boleh dimakan oleh arnab itu.
Bahan-bahan hijau yang boleh digunakan seperti daun keledek dan daun kangkung. Lebihan kegunaan dapur juga boleh dimanfaatkan seperti daun kobis, sawi dan kacang panjang. Satu perkara yang perlu diambil perhatian dalam pemberian bahan hijau ini ialah kebersihan dan kandungan air pada bahan hijau tersebut.
Untuk ini daun-daun tersebut hendaklah dibasuh dulu beberapa kaii dan kemudian dikeringkan pada panas matahari selama 2-3 jam. Kemudiannya bolehlah diberikan kepada amab.
Lebihan sisa-sisa bahan hijau pada keesokkan harinya hendaklah dibuang, dan jangan digunakan lagi.
Makanan utama iaitu makanan pelet arnab hendaklah diberikan dan boieh didapati dikedai jualan makanan ternakan.
  • PEMBIAKAN
BAGAIMANAKAH CARA MENGAHWINKAN ARNAB ?
Sebenarnya cara mengahwinkan arnab adalah mudah dan ringkas. Masukan arnab betina dalam sangkar arnab jantan. Jangan lakukan sebaliknya, kerana arnab betina mempunyai "territorial behaviour" yang kuat dan akan menyerang serta mungkin akan membunuh arnab jantan tersebut.
Masa mengawan antara 1-5 minft sahaja. Kemudian ambil semula arnab betina dan kembalikan dalam sangkarnya. Jangan tinggalkan arnab betina dalam sangkar arnab jantan tersebut lebih dari tempoh tadi.
Lakukan waktu proses mengawan amab ini dalam keadaan cuaca yang selesa seperti awal pagi atau lewat petang. Elakkan proses mengawan diwaktu tengahari kerana suhu yang tinggi akan mengurangkan kadar kesuburan.
  • KEKERAPAN MENGAWAN
BERAPA KERAP ARNAB JANTAN BOLEH DIKAHWINKAN ?
Arnab jantan dewasa yang subur hanya boleh digunakan sekali dalam masa 3 hari ataupun 3 kali seminggu. Ada juga yang mengsyorkan pengunaan 2 kali sehari dan kemudian direhatkan selama 3 hari. Pengunaan pejantan boleh dftingkatkan secara pelahan kepada sekali sehari.
Pengunaan arnab jantan yang berlebihan akan mengurangkan kadar kebernasan dan kesuburan. Menggunakan seseekor penjantan yang terlalu kerap boleh menjejaskan keupayaan seksual arnab penjantan tersebut.
  • KAHWIN SELANJUTNYA
BILAKAH IBU ARNAB YANG TELAH BERANAK BOLEH DIKHAWINKAN SEMULA ?
Pada keadaan semuiajadi (di hutan) arnab betina akan mengawan semula dalam masa 24-48 jam selepas beranak. Keadaan ini tidak digalakkan dalam penternakan arnab komersial, kerana arnab betina tidak boleh digunakan lebih lama.
Dalam pentemakan amab komersial arnab betina akan dikahwinkan semula dalam tempoh antara 3-4 minggu selepas tempoh beranak. Ataupun dalam masa proses anak cerai susu, arnab betina tersebut boleh dikhawinkan semula.
  • MENINGGIKAN KEBERNASAN
BAGAIMANAKAH MEMPASTIKAN PROSES KAHWIN TELAH BERLAKU DENGAN SEMPURNA ?
Untuk memastikan arnab tersebut sudah mengawan lalah apabila arnab jantan memanjat arnab betina untuk seketika dan kemudian arnab jantan akan menurunkan badannya seperti keadaan mengelunsur kebelakang atau terlentang.
Untuk memastikan kebernasan, proses mengavvan yang pertama pada jam 8-10 pagi dan yang kedua boleh dilakukan 5-6 jam selepas proses mengawan yang pertarna. iaitu pada waktu petang.
  • TEMPOH BUNTING
BERAPAKAH LAMA TEMPOH ARNAB INDUK BUNTING DAN APAKAH TANDA-TANDANYA ?
Tempoh bunting amab betina antara 29 hingga 31 hari lagi. Bunting berat adalah pada minggu keempat kebuntingan. Pada peringkat lni kotak sarang beranak bolehlah diletakkan dalam sangkar amab tersebut. Tujuannya adalah supaya amab tersebut dapat menyesualkan dirinya lebih awal dengan kotak sarang tersebut.
Tanda-tanda arnab tersebut hampir beranak jelas kelihatan pada hari ke 27-29 dimana ia akan berkeadaan gelisah dan kemudian akan mencabut bulu dari bahaglan bawah perutnya serta membuat sarang beranak dari bulu tersebut.
Pada keadaan ini arnab tersebut hendaklah dibiarkan bersendirian dan jangan digangu, melainkan jika untuk menukarkan kotak sarang. Makanan dan minuman hendaklah disediakan secukupnya.
  • BUNTING PALSU
BAGAIMANAKAH MENGESAN BUNTING PALSU ?
Terdapat juga kejadian apa yang dipanggil "bunting paisu", keadaan ini boleh dikesan pada masa kebuntingan hari ke 12 -17, pada masa itu arnab telah menunjukkan tanda-tanda hendak beranak dengan cuba membuat sarang dari bulu yang dicabut. Jika keadaan in! dikesan, arnab betina tersebut hendaklah dikahwinkan semula.
  • ANAK ARNAB
BAGAIMANAKAH KEADAAN ANAK ARNAB YANG BARU LAHIR?
Setelah arnab betina tersebut beranak, pastikan anak-anak arnab berada dalam kotak sarang. Jika terdapat anak arnab berada diluar kotak sarang, masukan dalam kotak sarang supaya tidak kesejukan.
S. Apabila sudah memegang salah satu dari anak-anak amab, tangan yang sama hendaklah disapukan untuk seketika pada hidung ibunya, ini untuk mengelakkan ibu tersebut menyingkirkan atau membunuh anaknya kerana terdapat bau lain pada badan anaknya.
Anak arnab yang baru lahir berkeadaan bogel (tidak mempunyai bulu), buta dan pekak. Bulu akan mula tumbuh pada umur seminggu. Sementara mata dan telinga akan berfungsi pada hari ke 7 hingga ke 10.
Pada masa ini makanan utama ialah susu dari ibunya. Sehinggalah pada umur umur 14-16 hari anak arnab akan keluar dari kotak sarang dan mula cuba makan makanan ibunya.
  • MASA MENYUSU ANAK
BILAKAH MASA IBU ARNAB MENYUSUKAN ANAKNYA ?
lbu arnab akan menyusukan anaknya pada waktu malam. Biasanya sebanyak sekali dan paling kerap sebanyak dua kali sahaja. Yang paling penting dalam pemberian susu ini ialah susu awalan. Oleh kerana pemberian susu hanya sekaii atau dua kali, ini sudah tentu tidak mencukupi terutama disiang hari. Setiap kali ibu arnab masuk kedalam kotak sarang, anaknya akan cuba menyusu tetapi biasanya ibu arnab tersebut tidak akan memberi susu. Keadaan ini adalah normal dan tidak perlu dibimbangkan.
  • IBU ANGKAT
APAKAH YANG PERLU DI LAKUKAN SEKIRANYA BILANGAN ANAK MELEBIHI DARI BILANGAN PUTING SUSU IBUNYA ?
Sekiranya bilangan anak melebehi bilangan puting susu ini sudah tentu menimbulkan masalah. Bilangan puting susu biasanya lapan. Oleh itu anak yang lebih perlu diberi kepada ibu angkat.
Pemilihan ibu angkat ialah dengan memilih ibu amab yang telah beranak dalam masa 48 jam dalam masa anak arnab itu lahir. Anak arnab yang diletakkan pada ibu angkat perlu dftandakan dengan warna pada bahagian kepala.
Kemudian sapukan apa-apa wangi-wangian kepada ibu dan semua anak termasuk anak amab tersebut yang berada dalam kotak sarang yang sama. Wangian tersebut akan menutup perbezaan bau antara anak betul dan anak angkat.
Susu awalan ini hanya pada tiga hari yang pertama dan mengandungi antibodi untuk ketahanan badan anak. Oleh itu pastikan anak arnab mendapat susu awalan tersebut. Susu selepas tempoh tersebut adalah susu blasa. Kemudian pemberian susu tersebut boleh diteruskan sehingga 2-4 minggu.
  • CERAI SUSU
BILAKAH UMUR ANAK-ANAK ARNAB PERLU DICERAI SUSU ?
Anak arnab boleh dibiarkan dalam sangkar ibunya dari umur sehari hingga mencapai peringkat cerai susu. Umur cerai susu ialah umur anak amab dipisahkan terus dari ibunya. Biasanya apabila anak anak amab berumur 1 bulan.
Selepas itu anak arnab boleh dibuat pemilihan iaku sama ada untuk dijadikan baka atau untuk tujuan pengemukan. Pemillhan untuk dijadikan baka heridaklah berdasarkan kepada rekod prestasi yang dicatik dari masa kesemasa.
Setiap amab yang dipilih hendaklah dilekatkan tag telinga sebagai tanda pengenalan individu. Anak-anak amab ini hendaklah disimpan dalam sangkar individu ataupun 2 ekor dalam satu sangkar.
Setelah dibuat pemilihan untuk baka, baki anak-anak amab yang tidak dilpilih akan dijadikan untuk pengemukan (pengeluaran daging). Anak-anak amab ini boleh disimpan dalam sangkar secara kumpulan seiama 30-45 hari lagi.
  • PENENTUAN JANTINA
BAGAIMANA MENENTUKAN JANTINA ARNAB YANG MASIH DIPERINGKAT ANAK ?
Penentuan jantina boleh dilakukan dengan menekan secara pedahan bahagian lubang di atas dubur. Anak jantan akan menunjukkan tanda bonjolan yang membulat. Sementara anak arnab betina akan menunjukkan tanda belahan mengarah kedubur.
  • HASIL SAMPINGAN
KULIT DARI ARNAB PEDAGING SESUAI UNTUK DIGUNAKAN UNTUK APA ?
Kulit yang bermutu datangnya dari arnab yang berumur 5-6 bulan keatas dan diperolehi dari baka-baka jurusan pengeluaran fur (seperti Flemish Giant). Sementara kulit dari arnab pedaging berumur antara 2-3 bulan sahaja. Kulit adalah hasil sampingan dalam peternakan arnab pedaging (seperti New Zealand White).
Dari kulit arnab pedaging tersebut juga boleh dibuat:
  1. Glu (gam)
  2. Baja (baja kompos)
  • CARA MUDAH MENTERNAK ARNAB
BAGAIMANAKAH CARA YANG MUDAH SAYA BOLEH MENTERNAK ARNAB ?
Menternak arnab adalah mudah dan boleh dilakukan oleh ahli keluarga yang lemah seperti suri-suri rumah dan anak-anak. Peternakan arnab boleh juga dilakukan secara sambilan atau sepenuh masa.
Disamping membekal keperluan protein kepada keluarga dan negara, ia boleh menjadi sumber pendapatan sampingan kepada aktiviti utama sesebuah keluarga.
Sebeium menternak secara komersial elok mulakan secara kecilan dulu. Kemudian apabila sudah mempunyai keupayaan, kemahiran dan pengalaman bolehiah memikirkan untuk menjalankannya secara komersial dengan cara besarkan pelahan-lahan.
Untuk memulakan secara kecilan anda perlu sediakan/dapatkan beberapa perkara yang di bawah ini,
  1. buah sangkar dawai BRC (10-14 gauge) berukuran 2 ka x 3 ka x 1.5 ka setiap sangkar. Setiap sangkar untuk menempatkan seekor arnab baka.
  2. Reban kecil untuk memuatkan sangkar di dalamnya berukuran lebihkurang 4 ka x 22 ka x 6 ka. Sangkar dimasukkan dalam reban ini. Bumbung hendaklah dipasang bersama.
  3. Sumber air minuman yang bersih dan segar.
  4. Sumber makanan yang berzat, bersih dan segar.
  5. 5 buah kotak sarang plastik, 6 buah bekas makanan tembikar dan 6 buah bekas minuman.
  6. 1 set arnab dewasa berumur 3-5 bulan iaitu 1 ekor jantan dan 5 ekor betina.
Pada permulaan adalah dinasihatkan mengunakan baka kacukan tempatan yang lebih murah berbanding mengunakan arnab import dan arnab kacukan tempatan lebih mudah dibeli. Setelah itu bolehlah mengunakan arnab baka pedaging yang diimport.
  • KHIDMAT NASIHAT
DIMANAKAH BOLEH SAYA MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT BERKENAAN PENTERNAKAN ARNAB SECARA KOMERSIAL ?
Anda boleh menghubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berhampiran. Ataupun menghubungi terus ke lbu Pejabat Perkhidmatan Haiwan seperti alamat di bawah:
IBU PEJABAT PERKHIDMATAN HAIWAN,
TINGKAT 8 & 9, BLOK A,
WISMA CHASE PERDANA, OFF JALAN SEMANTAN,
BUKIT DAMANSARA,
50630 KUALA LUMPUR.

[u.p: UNIT PEDAGING (ARNAB)
TEL: 03-2540077
SAMBUNGAN: 144 dan 145

Saturday, May 21, 2011

Sepasang anak arnab free 2kg


Promosi Terhangat dan Terakhir
Anak Arnab Sihat,cergas dan manja
Dh leh makan sendiri n dh cerai susu
Umo 2 bulan
Jantina Ikut gambar
1)Jantan
2)Betina
Free Makanan Arnab 2kg
Harga sepasang Rm80 
Harga boleh Nego atau boleh runding sampai jadi

Jika berminat hubungi saya 0172691072 wan atau dtg ke rumah sy di kajang

Thursday, May 19, 2011

Adakah Arnab Sesuai Sebagai Haiwan Peliharaan?

Sebelum anda jatuh cinta untuk memiliki arnab yang cute miut, manja dan comel anda perlulah menitikberatkan beberapa perkara seperti berikut :-

  • Jangkahayat arnab ialah 5 tahun atau lebih. Ia memerlukan pemerhatian yang lebih dan tempat tinggal yang selesa atau lebih tepat seperti habitat semulajadinya. Taman kecil arnab agak sesuai disediakan, supaya ia dapat berlari-lari, bermain dan berehat dengan suasana harmoni dan penuh ketenangan.Atau anda boleh melakukan seperti saya, setiap hari saya akan lepaskan arnab-arnab saya dari sangkar selama 30-60 minit sehari supaya mereka berasa seronok bermain berlari-larian ke sana-sini.
  • Bau air kencing arnab berbau tengik dan sangat kuat. Anda perlu membersihkannya setiap hari ataupun seminggu 3kali untuk menghilangkan bau dan basuh dengan sabun pun leh untuk menghilangkan bau. Jika tidak berkemungkinan lalat akan menghurungi sangkar arnab anda atasu lebih teruk jiran-jiran anda marah.
  • Apabila anda membela arnab, JANGAN sesekali turut memelihara anjing atau kucing. Anjing dan kucing berkemungkinan besar akan memakan arnab anda. Meskipun anda menempatkan arnab di dalam sangkar, anjing dan kucing tetap akan mencuba memakan arnab anda. Oleh itu, berhati-hatilah!
  • Arnab memerlukan pemerhatian yang lebih. Sekiranya anda menempatkan mereka di dalam sangkar, sediakanlah alat mainan untuk mereka supaya mereka tidak berasa bosan.Tabiat arnab, mereka suka bermain ‘hide and seek’. Jika anda  kreatif, anda boleh membuat toys sendiri.
—pic toys..
  • Mungkin agak sukar untuk mendapatkan khidmat rawatan doktor arnab yang bagus, kerana kebanyakan Vet lebih mengetahui perkara berkenaan anjing dan kucing. Sesetengah dadah seperti Moxicillin, Lincomycin, Clindamycin sesuai untuk anjing dan kucing tetapi boleh membawa MAUT kepada arnab. Juga kos rawatan arnab adalah lebih mahal!
  • Arnab anda perlu diberikan pellet yang bagus, alfalfa hay (6bln ke bawah), timothy hay (6 bln ke atas), sayur-sayuran dan buah-buahan. Tidak semua sayur boleh diberikan kepada arnab anda. Iceberg lettuce tidak boleh diberi kepada arnab kerana akan menyebabkan masalah penghadaman.
  • Jika anda mempunyai arnab betina, pemandulan harus dipraktiskan supaya kehamilan yang tidak dijangka akan berlaku. Pemandulan juga dapat mengelakkan uterine cancer, yang biasa dihidapi oleh arnab.
  • Arnab jantan pula seringkali kencing sebagai menandakan kawasannya. Pemandulan juga adalah cara terbaik untuk mengelakkan perkara ini terjadi.
  • Arnab tidak sesuai atau tidak tahan dengan cahaya panas matahari dan suhu yang tinggi. Arnab dapat menyeimbangkan dirinya dengan baik pada keadaan cuaca yang sejuk. Jadi, adalah lebih baik sekiranya ia bersama anda di dalam rumah.
  • Kebanyakan arnab boleh dilatih ke tandas, tetapi ada jugak yang tidak.
  • Jangkamasa yang sesuai untuk anda mula memelihara arnab ialah seawal usia 3-4 bln. Arnab akan matang pada usia 6 bln tetapi ada yang matang (spesis yang besar) pada usia 8 bln.
  • Arnab suka menggigit dan menggali, jadi bersedia kerosakan kecil yang bakal berlaku ;)

Kepercayaan atau Kebenaran atau Mitos

Arnab dan Kepercayaan Cina

Tahun Baru Cina yang baru sahaja disambut oleh masyarakat Cina meraikan kedatangan Tahun Arnab bagi tahun ini. Tahun Arnab dikatakan sebagai tahun yang memberikan kesihatan yang baik, kekayaan dan kemakmuran. Tahun Arnab daripada jenis ‘arnab logam’, akan membawa berita baik untuk ekonomi dunia.
Pakar Feng Shui, yang juga Naib Presiden Operasi Peruncitan dan Perundingan World Of Feng Shui, Phillip Lim, berkata ekonomi kebanyakan negara berpeluang untuk menikmati pemulihan positif.“Mengikut zodiak Cina, Tahun Arnab juga bagus bagi perniagaan dan boleh membawa keuntungan besar tahun ini khususnya yang membabitkan bidang kreativiti. Selain itu, harga hartanah juga akan melambung sehingga ramai orang boleh menjadi kaya.
“Di samping itu, diramalkan pasaran saham dalam enam bulan pertama tahun ini adalah lebih baik berbanding enam bulan kedua nanti,” katanya.
Berdasarkan astrologi Cina tradisional, 12 haiwan digunakan untuk mewakili setiap tahun mengikut urutan, iaitu tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing dan babi dengan setiap mempunyai signifikan tersendiri.
Lim berkata, masyarakat Cina juga percaya Tahun Arnab kali ini membawa sinar kebahagiaan kepada hubungan kekasih atau mereka yang sedang menghampiri gerbang perkahwinan.
Bagaimanapun, beliau berkata, diramalkan nasib tidak menyebelahi pasangan suami isteri kerana akan berlaku banyak kes kecurangan dalam perkahwinan, terutama menimpa mereka yang dilahirkan pada tahun anjing, kuda dan harimau.
Selain itu, katanya, perkiraan zodiak Cina meramalkan tahun ini bakal menyaksikan banyak pergaduhan berlaku di segenap dunia dan sesama ahli keluarga.
“Dari aspek kesihatan, diramalkan keadaan tidak baik kerana akan berlaku banyak kes influenza seperti batuk dan penyakit berkaitan sistem pernafasan.
“Mereka yang bekerja pula harus lebih bersabar tahun ini berikutan diramalkan banyak dugaan dalam bentuk pergaduhan, kebencian dan gosip atau politik pejabat.
“Dalam konteks ini, tahun ini juga bukan waktu yang baik untuk bertukar kerjaya atau kenaikan pangkat,” katanya.
Bagi pelajar pula, Lim berkata, mereka yang dilahirkan pada Tahun Arnab dan ayam diramalkan menghadapi kesukaran untuk memberi tumpuan terhadap pelajaran, justeru, ibu bapa perlu memberi lebih perhatian serta bantuan tuisyen kepada mereka.
Menurut zodiak Cina, antara sifat positif dimiliki individu yang dilahirkan pada Tahun Arnab ialah peka, bijaksana, berkelakuan baik, senang menerima tetamu, sopan, diplomatik dan berjiwa seni, manakala sifat negatifnya pula tidak tegas, suka berahsia, mudah tersinggung, kompleks, suka menyendiri, suka mengumpat, lurus bendul, pengecut dan mudah terpedaya.
Antara selebriti antarabangsa yang dilahirkan dalam Tahun Arnab ialah Angelina Jolie, Johnny Depp, Eva Longoria, Brad Pitt, David Beckham, Kate Winslet, Drew Barrymore, Bridget Fonda, Lisa Kudrow, Elizabeth Shue, Lauryn Hill, Sheryl Crow, Tiger Woods, Nicholas Cage, Quentin Tarentino, Sting, Andy Warhol, Frank Sinatra, Albert Einstein dan Arthur Miller.

Jenis-jenis Hay yang sesuai utk arnab

Alfalfa hay & timothy hay

Pemakanan Arnab – rumput kering alfalfa & timothy
Terdapat 2 jenis hay atau rumput kering utama yang amat sesuai diberikan kepada arnab anda iaitu alfalfa hay dan timothy hay. Perbezaan antara kedua jenis hay ini akan dinyatakan dengan lebih jelas di bawah.
Timothy Hay
Timothy Hay
Timothy hay sangat baik bagi sistem penghadaman arnab. Timothy hay bagus untuk kesihatan gigi kerana tabiat sering mengunyah oleh arnab anda, seperti yang kita tahu pertumbuhan gigi arnab adalah berterusan. Timothy hay juga membuatkan perut arnab anda sentiasa kenyang tanpa perlu melakukan aktiviti mengigit sangkar,kayu ataupun wayar komputer. Timothy hay sesuai untuk arnab yang berusia 6 bulan dan ke atas, kerana Timothy hay kurang lemak dan kurang kalsium.
Alfalfa Hay


Alfalfa hay




Alfalfa hay kaya dengan nutrisi, lemak, kalsium dan kalori. Arnab yang dibela di dalam  rumah boleh menjadi gemuk disebabkan memakan alfalfa hay. Ianya sesuai untuk arnab yang berusia 6 bulan dan ke bawah. Juga amat baik untuk penghasilan susu bagi arnab yang sedang bunting atau menyusukan anak. Pemberian alfalfa hay ini boleh diberi tanpa had kepada arnab anda.
Alfalfa juga terdapat dalam bentuk pellet dan cube.

Alfalfa pellet
Alfalfa hay cube
Meskipun begitu di samping memberi timothy atau alfalfa hay, diet pemakanan arnab harus dilengkapi dengan sayuran segar, pellet dan air bersih.

Tip membeli dan memilih Arnab

Tips membeli arnab


Sebelum anda membuat keputusan untuk memelihara arnab. Pastikan anda mendapatkan arnab daripada pembiak baka atau Breeder yang yang beretika. Dan sekiranya boleh, hindari dari membeli daripada kedai haiwan atau “pet shop” dan juga pembiak baka yang tidak beretika.
Beberapa “red flags” anda perlu tahu dan elakkan sebelum memilih pembiak baka. Ini adalah perlu supaya tidak ada masalah yang akan dihadapi oleh anda dan haiwan kesayangan anda. ”Read Flag” adalah amaran terhadap pembiak baka atau breeder yang tidak bertangungjawab, tidak beretika dan mempunyai reputasi yang teruk.
Berikut adalah “Red Flags” yang anda perlu tahu; dan ini adalah bagi tujuan show atau pun pet.. bukan bagi arnab pedaging
  • mempunyai kuantiti arnab terlalu yang banyak
Dalam menjaga kualiti baka yang dibiak seorang breeder yang beretika tidak akan mempunyai kuantiti haiwan lebih daripada kemampuanya untuk dijaga. Ini adalah kerana apabila berada diluar kemampuan, haiwan haiwan tersebut akan terabai dan tidak mendapat penjagaan yang rapi.
  • sentiasa mempunyai stok dan stok berterusan
Seorang breeder yang baik tidak mempunyai anak arnab pada setiap masa. Ini adalah kerana, memelihara anak arnab memerlukan banyak perhatian dan berjadual. Breeder yang tidak beretika akan sentiasa memastikan arnab dalam peliharaannya melahirkan anak tanpa henti. Arnab bukanlah seperti kilang pengeluaran beras dan gula yang sentiasa mempunyai stok. Membreed sesuka hati dan tidak meningkatkan kualiti tetapi kuantiti. Pembiak baka atau breeder yang beretika, biasa hanya melakuan biak baka bagi peningkatan kualiti. Untuk itu breeder yang baik hanya membiak baka daripada kualiti yang terbaik sahaja. Adakalanya hasilnya tidak begitu memuaskan atau menepati ciri ciri yang dikehendakinya. Tetapi arnab masih mempunyai kualiti yang baik di pasaran bagi tujuan haiwan peliharaan
  • Membiak baka bagi tujuan memenuhi permintaan orang ramai dan juga keutungan semata mata
Pembiak baka yang baik mempunyai pendirian yang kuat pengenai “Breeding” dan mempunyai panduan dan tujuan . Mereka melakukannya bukan bagi memenuhi kehendak pasaran atau pencari keuntungan. Mereka memahami bahawa menghasilkan lebih arnab yang tidak berkualiti hanya menambah kos bagi pengeluaran. Pembiak baka yang tidak beretika bagaimana pun akak terus membiak kan arnab mereka bagi tujuan memenuhi permintaan, mereka tidak memikirkan kualiti arnab dan mungkin akan menghasilkal arnab yang tidak berkualiti dan hanya mengharapkan pulangan wang semata-mata.
  • Mengunakan arnab yang masih belum matang untuk tujuan Breeding.
Breeder yang baik akan mengambil kira tentang kesihatan setiap arnab. Mereka akan menunggu sehingga arnab mencalap umur matang sebelum mengunakan arnab tersebut bagi tujuan Breeding. Breeder yang membreed arnab mereka pada umur seawal 4 bulan bukanlah breeder yang baik.
  • Menjual arnab berumur kurang dari 8 minggu atau 6 minggu sekurang kurangnya
Ini adalah faktor yang amat serius perlu diambil kira. Breeder yang hanya ingin mencapai keuntungan akak segera menjual arnab arnab yang masih kecil. Yang masih memerlukan susu ibunya. Breeder yang baik hanya akan melepaskan arnab mereka kepada pembeli hanya setelah arnab berumur 8 minggu.
  • Menjual atau membiak baka arnab yang bermasalah
Breeder yang baik, tidak akan membiak kan baka arnab yang mempunyai masalah kesihatan atau gene. Ini kerana masalah ini akan terus diwarisi. Pembiak baka yang baik juga akan memaklumkan kepada pembeli mengenai masalah sekiranya ada kepada pembeli. Breeder yang tidak beretika pula akan segera menjual arnab yang bermasalah, tanpa memaklumkan masalah tersebut kepada pemilik baru. Ini adalah satu cara mudah bagi megurangkan bilangan arnab dalam simpananya dan juga mendapat wang mudah.
  • Breeder yang tidak mempunyai baka yang baik
Breeder yang baik menghabiskan masa, tenaga dan wang bagi mendapatkan baka yang terbaik. Ini alah kerana mereka bertanggungjawab bagi meningkatkan kualiti arnab yang bakal di biak baka kelak. Sekiranya mereka tidak mengunakan baka yang terbaik, maka akan terhasilah lebih banyak arnab yang di sub standartkan.
  • Breeder yang melebel arnab hanya kerana permintaan yang tinggi.
Breeder yang baik tidak melebel dan meletakan harga yang tinggi hanya kerana permintaan yang tinggi dari segi warna atau usia arnab. Apa yang penting adalah kualiti.
  • Breeder hanya menunjukan nama dan warna arnab didalam pedigree atau cert dan tidak memberi lebih maklumat megenai arnab yang dijual
Pedigree bertujuan memberi maklumat kepada orang ramai dan juga rekod bagi breeder. Walaubagaimana pun pedigree tidak lebih daripada sekeping kertas jika hanya tertulis nama dan warna arnab. Pedigree yang baik mestilah mempunya maklumat sehingga sekurang kurang 3 generasi atau lebih. Lebih baik lagi sekiranya tercatat tarikh lahir, tarikh kematian, Sebab kematian, dan juga maklumat kesihatan dan perubatan arnab tersebut. Dan breeder juga bertangungjawab menyatakan perkara perkara penting yang tidak tercatat diatas pedigree.
  • breeder yang kurang atau tidak mengambil berat tentang penjagaan.
Seorang breeder yang baik menhabiskan banyak masa dan juga wang ringgit hanya untuk menjaga arnab mereka. Tidak mengapa sekiranya breeder berjimat dengan membeli barang keperluan arnab secara borong atau pukal, atau membeli sangkar yang telah digunakan.Tetapi tidak bagus untuk breeder untuk terus tidak membeli atau memperbaiki apa yang ada kurang untuk arnab mereka.
  • Breeder tidak mempunyai veterinar sebagai perujuk sekiranya arnab mendapat masalah kesihatan.

  • Breeder yang menjual arnab mereka ke Kedai haiwan, Di ekspo atau menjadi makanan reptile
Breeder yang baik tidak akan menjual arnab mereka kepada kedai haiwan, menjual di ekspo ekspo haiwan dan sebagai makanan kepada reptile. Berbuatan tersebut adalah tidak beretika dan hanya ingin melepaskan tanggungjawab kepada arnab tersebut.
  • Breeder yang tidak mahu mengambil semula arnab yang telah dijual.
Breeder yang baik bertangungjawab dengan arnab yang dibiaknya, dari lahir hingga matinya arnab tersebut. Semua breeder yang baik akan menerima semula arnab yang dijual sekiranya dikembalikan oleh pembeli.
  • Breeder yang tidak mempunyai policy atau agreement
Breeder yang baik akan mempunyai policy dan syarat syarat tertentu yang perlu pembeli dan breeder persetujui. Adalah lebih baik sekiranya persetujuan itu disertakan dengan dokumen.
  • Breeder yang tidak membiak baka hanya satu jenis spesis haiwan

Pemakanan Arnab yang sihat


Carta Makanan bagi arnab Kesygan

Makanan Seimbang Arnab

Makanan seimbang arnab seharusnya berkhasiat dan diberikan pada masa tertentu yang berjadual. Diet arnab seharusnya mengandungi protein, kanji, vitamin, mineral dan karbohidrat. Makanan yang anda berikan kepada arnab anda, harus boleh dihadam dengan cepat. Jangan sesekali memberi arnab makanan di dalam kuantiti yang
banyak tetapi berilah sedikit demi sedikit dalam jangkamasa tertentu. Apabila anda memberi arnab makan, anda harus mengetahui keseimbangan makanan yang mudah dihadam dengan makanan yang sukar dihadam. Sebarang kesilapan ketidakseimbangan diet akan mengakibatkan arnab mati.

Carta Makanan Seimbang Arnab


Kebanyakan arnab makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Sayuran merupakan makanan asas arnab, manakala buahan merupakan makanan sampingan bagi arnab. Sayuran yang sesuai utk arnab seperti brokoli, carrot, daun carrot, salad (sgt baik utk arnab kerana mengandungi byk kalsium), bayam (bg sedikit shj kerana kandungan asid organiknya terlalu tinggi). Buah-buahan yang baik sebagai makanan tambahan arnab seperti epal, blueberi, betik, tembikai, mempelam, rasberi, tomato, strawberi, pic, nanas. -

Hadkan pemberian – anggur, betik dan kismis kerana buah-buah ini mengandungi gula yang tinggi. – Pastikan anda membuang biji buah-buahan apabila memberi arnab buah-buahan yang berbiji
Keperluan makanan arnab (berbeza mengikut umur)

Ini dinyatakan dengan lebih lanjut: -


Usia 0-7 bulan:
3 minggu pertama ialah susu ibu arnab.Selepas itu boleh diperkenalkan anak arnab makan pellet, alfalfa, susu ibunya. Teruskan sehingga arnab berumur 7 minggu.Pada usia 12 minggu, anak arnab boleh diberi sayuran, hentikan susu ibu arnab sepenuhnya.Usia 3-7, anda boleh memberi arnab anda hay dan pellet tanpa had

Usia 7 bukan sehingga 1 tahun:


Beri arnab makan hay yang berbeza – timothy, rumput (napier India) Kurangkan pemberian alfalfa dan pelletTingkatkan sayuran dalam diet seharian.Beri buah untuk membekalkan kalori.

1-5 tahun: Diet arnab dewasa.


¼ – ½ cawan pellet bergantung kepada berat badan arnab.

2 cawan sayur yang dicincangBuah-buahan


5 tahun ke atas:


Teruskan diet arnab dewasa selagi bersesuaian dengan berat badannya.Selagi arnab membesar, pemberian pellet dan alfalfa harus diteruskan.Pastikan diet arnab anda setiap hari mengandungi hay, pellet dan makanan segar (sayur-sayuran and buahan).

Ada Pedigree kah?



*Jika tiada perkataan pure @ asli @ original bermakna arnab tersebut tiada pedigree dari ARBA, BRC atau mana2 yang sewaktunya dengannya
*Jika ada perkataan pure @ asli @ original bermakna arnab tersebut kena disertakan pedigree dari ARBA, BRC atau mana2 yang sewaktu dengannya
*Jika tiada perkataan pet quality atau show quality bermakna arnab tersebut tiada pedigree dari ARBA, BRC atau mana2 yang sewaktu dengannya
*Jika ada perkataan pet quality atau show quality bermakna arnab tersebut kena disertakan pedigree dari ARBA, BRC atau mana2 yang sewaktu dengannya
*Pedigree selalunya akan dapat ketika arnab tersebut berumur 6 bulan++
‎*Jika ada perkataan import tidak semestinya arnab itu adalah pure @ asli @ original, sama sahaja dengan arnab2 biasa, melainkan jika ada pedigree
Yang Benar
Mohd Khairi Bin Rahmad
0173165406

Saya copy paste sahaja daripada penulisan saudara Mohd Khairi..Beliau nie dah ada pengalaman 5 tahun import arnab..Saya nie baru nak bertatih-tatih…saya ucapkan bebanyak terima kasih di atas penerangan yang jelas tersebut. Harga arnab-arnab yang mempunyai sijil pedigree adalah lebih mahal daripada biasa…harga ratusan atau ribuan ringgit adalah perkara biasa. Meskipun mahal, anda sebagai pemiliknya sudah tentu amat berpuashati apabila memilikinya..Proses pensijilan pedigree juga terhad kepada masa, iaitu sijil ini hanya diberikan kepada arnab yang berusia 6 bulan ke atas.

Seperti yang kita ketahui, biasanya arnab pada usia 2 bulan dikira sudah boleh dijual kerana telah cerai susu, tetapi confirm lah anda tidak akan dapat sijil pedigree meskipun ibu/bapa arnab adalah dari purebreed.

Isu ini saya timbulkan kerana, kadangkala saya lihat ada penjual arnab yang main letak harga sahaja pada arnab mereka, harga mencecah ratusan…tetapi tiada sijil..sebab itu apabila saya lihat sesiapa yang menjual harga seekor arnab pada harga ratusan, saya akan bertanya, “Ada Sijil Pedigree ker?”

Jadi, diharap apabila anda nak beli arnab..selidik dahulu samada pure @ asli @ original? pet quality atau show quality? Kerana apabila dinyatakan begini, seharusnya arnab tersebut mempunyai sijil pedigree. Dalam ertikata mudah, xde sijil…x pure..xde pet quality show…

Dan lagi satu, tips daripada saya…jika nak pasti kan sesuatu arnab itu baka asli atau tidak..anda harus lihat ciri-ciri yang ada pada arnab tersebut…kebanyakan yang dijual di Malaysia nie telah dikacuk…dan dikacuk demi kacukan…susur-galur arnab ini harus dipelihara agar bakanya terpelihara…

Sebagai contohnya, anda lihat gambar di atas..Arnab tersebut ialah baka Dwarf Hotot…simple nak tau..dwarf mestilah saiz arnab dewasa kecil, berat antara 800g-1kg. Hotot pula, di sekeliling telinga dan mata berwarna hitam. Jika ada spot hitam di area lain, maknanya tidak pure..Lebih lanjut, anda perlu rujuk di ARBA.

Oleh itu, tidak kiralah arnab anda memiliki sijil pedigree atau tidak, peliharalah arnab anda sebaik mungkin, dengan penuh kasih-sayang..dan hasilnya pasti lumayan juga!

Apa itu ARNAB/RABBIT

Pengelasan saintifik
Alam: Animalia

Filum: Chordata

Kelas: Mammalia

Order: Lagomorpha

Keluarga: Leporidae
Fischer de Waldheim, 1817

Genus
Pentalagus
Bunolagus
Nesolagus
Romerolagus
Brachylagus
Sylvilagus
Oryctolagus
Poelagus
Caprolagus
Pronolagus
Lepus

Arnab atau kelinci merupakan sejenis haiwan mamalia yang tergolong dalam famili Leporidae yang tergolong dalam order Lagomorpha. Arnab mudah dikenali dengan telinganya yang panjang dan tirus, gigi acip tengah yang ketara dalam mulut, kaki belakangnya yang besar berbanding kaki depan, serta ekornya yang pendek. Arnab boleh hidup secara liar mahupun dijadikan haiwan peliharaan atau ternakan yang memberikan sumber makanan kepada manusia.

Dalam bahasa Melayu, perkataan "arnab" berasal dari bahasa Arab, iaitu arnab[1] (أرنب). Perkataan "kelinci" pula lebih banyak digunakan dalam bahasa Indonesia, dan berasal dari bahasa Belanda, yakni istilah konijntje yang bererti "anak arnab".[2] Apapun, ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Nusantara mula mengenali arnab atau kelinci daripada perdagangan antarabangsa pada zaman silam, padahal di Pulau Sumatera ada satu spesies arnab asli (Nesolagus netscheri) yang baru ditemui pada tahun 1972.[3] Nama saintifik famili "Leporidae" pula berasal dari perkataan lepus, iaitu arnab dalam bahasa Latin.

Habitat
Lubang arnab bermacam-macam jenis arnab tinggal di kawasan padang rumput, hutan, gurun, tundra dan tanah lembap[4] mengikut kesesuaian dengan spesiesnya. Kebanyakan spesies arnab tinggal dalam sarang bawah tanah yang dimasuki melalui lubang, tetapi berbeza pula dengan arnab dalam genus Lepus yang bertempat tinggal di atas tanah dengan kawasan rumput yang rata sebagai sarang. Kebanyakan spesies arnab tinggal secara berkelompok.

Lebih separuh jumlah populasi arnab di dunia tinggal di Amerika Utara.[4] Arnab juga merupakan haiwan asli di Eropah, Asia Tenggara, Asia Timur, Afrika dan Amerika Selatan. Arnab mula-mula memasuki Amerika Selatan kesan peristiwa Pertukaran Besar Amerika. Sebahagian besar benua itu cuma ada satu spesies arnab, iaitu tapeti, manakala di kawasan kerucut selatan benua itu pula tiada spesies arnab yang asli.

[sunting] AnatomiArnab merupakan mamalia bersaiz kecil atau sederhana, mengikut spesiesnya, iaitu sekecil Brachylagus idahoensis yang panjangnya 25–29 cm dari kepala hingga ekor, dan beratnya sekitar 300 gram, hingga sebesar Lepus europaeus yang mencapai kepanjangan 50–76 cm dan berat 2.5 hingga 5 kilogram. Bulu arnab biasanya tebal dan lembut, berwarna perang, kelabu, atau kuning pucat. Ekornya berbentuk segumpal kecil bulu berwarna keperangan (berhujung putih bagi arnab ekor kapas).[5] Arnab liar tidak ketara perbezaannya dari segi kadaran tubuh atau cara berdiri, dengan tubuh badan yang montok dan berbentuk telur.

Arnab merupakan haiwan digitigrad, iaitu berjalan secara menjengket. Arnab mempunyai sepasang kaki belakang berjari empat yang panjang, dan kaki hadapan berjari lima yang lebih pendek (termasuk kuku embun pada tapak kaki).[6] Arnab mempunyai kaki belakang yang besar dan kuat. Tapak kakinya berbulu supaya mudah mencengkam tanah ketika berlari, apatah lagi dilengkapi kuku yang kuat di kesemua jari kakinya.

Arnab juga terkenal dengan telinga yang panjang dan boleh digerakkan, serta deria pendengaran yang hebat sekali. Matanya besar dan penglihatannya bagus pada waktu malam, mencerminkan kehidupan arnab liar sebagai haiwan nokturnal (berjaga malam) atau krepuskul (berjaga senja).[7] Telinga arnab yang sepanjang 10 cm (4 in) atau lebih, mungkin merupakan kesan adaptasi untuk mengesan pemangsa.

Arnab mempunyai dua peranggu gigi acip, iaitu satu di depan dan satu lagi di belakang. Oleh yang demikianlah arnab sebenarnya tidak tergolong dalam rodensia.[8] Carl Linnaeus pernah menggolongkan arnab dan rodensia dalam kelas Glires; tetapi mereka berdua kemudian diasingkan kerana ramai sekali yang berpendapat bahawa keserupaan sesama mereka adalah hasil evolusi tumpuan. Akan tetapi, analisa DNA terkini serta penemuan leluhur sepunya telah menyokong hujah bahawa arnab dan rodensia sama keturunan, oleh itu kedua-duanya sekali dianggap tergolong dalam satu superkelas iaitu Glires.[9]

Arnab merupakan haiwan pencerna usus belakang, yakni kebanyakan proses pencernaan arnab berlaku di dalam usus besar dan usus buntunya. Dalam tubuh arnab, sekum adalah 10 kali besar perut. Sekum dan usus besar membentuk kira-kira 40% saluran pencernaan arnab.[10] Perototan sekum yang unik ini membolehkan salur ususnya menapis bahan berserabut daripada bahan yang lebih mudah dicernakan; bahan berserabut itu dikumuhkan dalam bentuk tinju, manakala bahan yang lebih berkhasiat itu dibubuh dalam lapis mukus dalam bentuk sekotrop (tinja malam). Sekotrop ini kaya dengan zat galian, vitamin dan protein yang diperlukan untuk kesihatan arnab. Arnab memakan bahan kumuh ini untuk memenuhi keperluan khasiatnya; lapisan mukus membolehkan khasiatnya melalui perut yang berasid untuk dicernakan dalam usus. Proses ini membolehkan arnab menyarikan khasiat-khasiat yang diperlukan dari makanannya.[11]

Arnab merupakan haiwan mangsa, oleh itu ia sentiasa peka terhadap persekitarannya. Jika berdepan dengan kemungkinan ancaman, arnab berhenti bergerak dan memperhatikan sekitarnya, kemudian mengingatkan arnab-arnab lain dalam sarang dengan berdetap-detup sekuat-kuatnya di atas tanah. Arnab mempunyai medan penglihatan yang sangat luas, cukup berguna untuk mengimbas persekitaran di atas kepalanya.[12] Arnab terlepas dari pemangsa dengan menggali tanah, meloncat pergi secara gerak siku keluang, dan memberikan sepakan yang kuat dengan kaki belakang sekiranya ditangkap. Gigi yang kuat juga membolehkan arnab menggigit musuh untuk melepaskan diri daripada pergelutan.[13]

[sunting] EvolusiSpesies arnab tertua yang dikenal pasti setakat ini berasal dari akhir zaman Eosen, ketika famili arnab ini sudah berada di Amerika Utara dan Asia. Sepanjang perjalanan evolusinya, kelompok ini semakin menyesuaikan diri dengan kehidupan berlari dan meloncat dengan pantas. Misalnya, Palaeolagus, spesies arnab pupus dari epok Oligosen di Amerika Utara, mempunyai kaki belakang yang lebih pendek daripada arnab zaman sekarang (menandakan bahawa ia mungkin lebih pandai berlari daripada meloncat) tetapi selain itu sama sifatnya dengan arnab moden[14].

[sunting] Biologi dan tabiat[sunting] Pembiakan
Seperinduk anak arnab
Anak arnab dalam sarangArnab mempunyai kadar pembiakan yang besar sekali. Musim membiak bagi kebanyakan arnab adalah 9 bulan, dari Februari hingga Oktober. Di Australia & New Zealand, musim membiak adalah dari akhir Julai hingga akhir Januari. Tempoh kebuntingan biasanya adalah 30 hari, ataupun lebih lama lagi bagi arnab dalam genus Lepus. Arnab biasanya boleh melahirkan 4 hingga 12 ekor anak, tetapi baka yang lebih besar mampu melahirkan banyak lagi arnab. Seekor anak arnab boleh bercerai susu sebaik mencecah umur 4 hingga 5 minggu. Ertinya, dalam satu musim, seekor ibu arnab boleh melahirkan sebanyak 800 anak, cucu dan cicit. Arnab betina sedia membiak pada usia sekitar enam bulan, dan arnab jantan pula sekitar tujuh bulan. Arnab mengambil masa yang sangat singkat untuk pikat-memikat dan mengawan, iaitu selama 30 hingga 40 saat. Kelakuan arnab ketika pikat-memikat melibatkan jilat-menjilat, hidu-menghidu, dan si jantan mengejar si betina. Arnab juga sering menyembur kencing sebagai kelakuan seksual. Arnab betina mungkin keguguran bulu bergumpal-gumpal sewaktu tempoh hamil.

Proses penghasilan ovum bermula 10 jam selepas mengawan. Selepas mengawan, arnab betina membuat dan mengalas sarangnya dengan bulu dari gelambir, rusuk dan perutnya. Kelakuan ini juga mendedahkan puting arnab betina untuk membolehkannya menetek anak-anaknya. Dalam kebanyakan spesies, anak arnab lahir buta, dogel, dan tidak berupaya (kecuali spesies-spesies dalam genus Lepus dan Sylvilagus yang anaknya sudah berbulu, boleh membuka mata dan mampu menjaga diri sebaik sahaja dilahirkan). Keimunan pasif (keimunan yang diperoleh melalui pemindahan antibodi atau limfosit peka daripada haiwan lain) diperoleh oleh anak arnab sebelum lahir melalui pemindahan plasenta. 10 atau 11 hari selepas lahir, anak arnab boleh membuka mata, kemudian ia boleh makan sendiri sekitar usia 14 hari.

Walaupun dogel ketika lahir, namun bulu anak arnab mula tumbuh dalam masa beberapa hari sahaja. Pada umur 5 hingga 6 minggu, bulu anak arnab yang lembut ini diganti dengan bulu pra-dewasa. Sekitar umur 6 hingga 8 bulan, bulu pertengahan ini diganti pula dengan bulu dewasa sepenuhnya, selepas itu arnab bersalin bulu dua kali setahun. Oleh sebab susu arnab sangat berkhasiat, anak arnab hanya perlu ditetek selama beberapa minit, sekali atau dua kali sehari.[15]

Jangka hayat arnab adalah kira-kira 9–12 tahun;[16][17] arnab yang paling panjang usia di dunia mencapai 18 tahun.[18]

[sunting] PemakananHampir semua arnab merupakan haiwan maun (kecuali beberapa spesies Lepus),[19][20], yang gemar meragut rumput, herba, dan rumpai berdaun, tetapi juga memakan buah-buahan dan biji-bijian. Oleh itu, diet arnab mengandungi jumlah selulosa yang banyak dan sukar dicernakan. Masalah ini diselesaikan dengan mengumuhkan dua jenis tinja yang berbeza, iaitu tahi keras dan biji-biji hitam lembut likat yang dimakan segera. Arnab memakan semula bahan buangannya sendiri (tidak mengunyah mamahan seperti yang dilakukan oleh lembu dan haiwan maun yang lain) untuk mencernakan lagi makanannya serta memperoleh khasiat yang mencukupi.[21]

Sama seperti rodensia (tikus dan sebagainya), arnab mempunyai sepasang gigi acip depan yang kuat, tetapi juga dilengkapi sepasang lagi gigi acip di kedua-dua belah gigi besar pada rahang atas, apatah lagi struktur giginya berbeza daripada gigi acip rodensia. Sama dengan rodensia juga, arnab tiada gigi taring, tetapi pipinya lebih berisi daripada rodensia. Rumus kegigian kebanyakan spesies arnab ialah

Arnab meragut dengan sekuat-kuat dan secepat-cepatnya pada separuh jam pertama waktu meragut (biasanya pada lewat petang), diikuti pemakanan yang lebih berpilih pada separuh jam seterusnya. Pada waktu ini, arnab juga mengumuhkan biji-biji tahi yang keras dan tidak dimakan semula. Jika persekitarannya tidak begitu mengancam, arnab boleh berada di luar sarang berjam-jam lamanya, dan sekali-sekala meragut makanan. Ketika di luar sarang, adakalanya arnab memakan semula biji-biji kumuhan lembut yang separa tercerna. Kelakuan ini jarang dapat diperhatikan kerana biji-biji tersebut dimakan semula sebaik sahaja dikumuhkan. Pemakanan semula ini paling biasa berlaku sekejap-sekejap dalam sarang dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Bijian keras terbentuk daripada cebisan kulit ari dan tangkai tumbuhan yang seakan rumput kering, iaitu hasil buangan akhir selepas bijian lembut dimakan semula. Tahi keras ini hanya dikumuhkan di luar sarang dan tidak dimakan balik. Tahi lembut biasanya dihasilkan beberapa jam selepas meragut rumput, iaitu selepas semua tahi keras dikumuhkan. Tahi lembut ini terdiri daripada mikro-organisma dan dinding sel tumbuhan yang tak tercerna.

Bahan tumbuhan yang terkunyah berkumpul dalam sekum besar, sebuah kebuk sekunder di antara usus besar dan kecil yang berisi sejumlah besar bakteria simbiosis yang membantu pencernaan selulosa serta menghasilkan vitamin B tertentu. Biji tahi ini terdiri daripada 56% bakteria pada berat kering, dan oleh itu mengandungi purata 24.4% protein. Biji-biji ini kekal utuh selama enam jam dalam dalam perut, sementara bakteria dalamnya terus mencernakan karbohidrat tumbuhan. Tahi lembut terbentuk di sini dan mengandungi vitamin yang sebanyak lima kali ganda dalam tahi keras. Selepas dibuang, tahi lembut itu dimakan bulat-bulat oleh arnab dan dicernakan semula di dalam perut. Proses pencernaan berganda ini membolehkan arnab menggunakan khasiat yang mungkin terlepas olehnya ketika mula-mula melalui usus, dan juga khasiat-khasiat yang terbentuk daripada kegiatan mikrob untuk memastikan supaya arnab memperoleh khasiat yang secukupnya daripada pemakanannya.[5] Proses bagi arnab ini sama tujuannya dengan peruminatan bagi lembu dan kambing.[22]

Arnab tidak boleh muntah kerana dilarang oleh fisiologi sistem pencernaannya.[23]

[sunting] Hubungan dengan manusiaRencana utama: Arnab bela jinak
[sunting] Arnab sebagai haiwan belaan
Arnab Eropah (Oryctolagus cuniculus)Arnab juga terkenal sebagai haiwan belaan yang boleh tinggal dalam rumah. Arnab dalam rumah biasanya dikurung dalam petak atau sangkar, ataupun diletakkan dalam tempat yang selamat untuk berkeliaran atau bersenam, seperti ruang tamu. Arnab boleh dilatih untuk menggunakan kotak jerami (untuk membuang air) ataupun menyambut panggilan orang. Arnab bela jinak yang tidak tinggal dalam rumah pula biasanya ditempatkan dalam sangkar di luar rumah. Ada arnab belaan yang tinggal dalam sangkar di luar pada waktu siang untuk mendapatkan udara segar dan cahaya matahari, kemudian dibawa masuk pada waktu malam. Arnab dalam genus Lepus jarang sekali dijadikan haiwan belaan.

Tak kira di dalam atau di luar, kurungan arnab biasanya dimeriahkan dengan alat-alat seperti para, terowong, bola, dan mainan. Arnab belaan juga diberikan ruang tambahan untuk bersenam, untuk meniru ruang terbuka yang direntasi oleh arnab liar. Petak bersenam juga digunakan sebagai tempat yang selamat untuk arnab berkeliaran.

Makanan arnab belaan biasanya terdiri daripada rumput Timothy yang tak terhingga, sedikit makanan biji, dan sedikit sayur-sayuran segar. Arnab memerlukan bekalan air segar yang bersih dan tak terbatas. Arnab ialah haiwan sosial yang boleh mencari teman dengan pelbagai jenis haiwan, termasuk manusia, arnab lain, tikus belanda ataupun kucing dan anjing. Pertubuhan kebajikan haiwan seperti House Rabbit Society mengesyorkan agar arnab tidak dijadikan haiwan belaan kanak-kanak kecil kerana kanak-kanak pada usia ini biasanya sukar berdiam diri, bertenang dan berlemah-lembut ketika bersama arnab. Sebagai haiwan mangsa, arnab merupakan haiwan yang sentiasa berjaga-jaga dan mudah terkejut. Tulang arnab rapuh sekali, khususnya di bahagian belakang, oleh itu arnab perlu didukung pada perut dan punggungnya apabila diangkat. Kanak-kanak berusia tujuh tahun ke atas biasanya cukup matang untuk menjaga arnab.[24]

[sunting] Arnab sebagai sumber makanan dan pakaian
Daging arnab di pasaran
Pedati kayu lama yang ditimbuni kulit arnab, di New South Wales, AustraliaSelain menjadi haiwan peliharaan, arnab juga diternak untuk daging sebagai makanan manusia, terutamanya di Eropah, Amerika Utara dan Selatan, dan Timur Tengah. Daging arnab masih dijual dalam pasar dan kedai daging di United Kingdom, tetapi bukan dalam pasar raya, sebaliknya lebih tertumpu di pasar tani dan juga Borough Market yang terkenal di London, di mana bangkai arnab diperagakan di khalayak umum secara tergantung bersama burung kuang dan haiwan buruan yang lain.[25] Daging arnab pernah dijual secara besar-besaran di Sydney, Australia, tetapi kini sudah berkurangan ekoran penyakit miksomatosis yang diperkenalkan di negara itu untuk cuba menghapuskan populasi arnab buas.

Daging arnab diperoleh dengan memburu atau menternak. Jerat dan senjata berapi digunakan untuk menangkap arnab liar untuk dimakan. Di merata tempat, arnab juga diternak untuk dagingnya, kemudian disembelih dengan menghentak belakang kepalanya. Daging arnab merupakan sumber protein yang bermutu tinggi[26], dan boleh digunakan dalam sebanyak cara yang boleh seperti daging ayam. Sebenarnya, seorang tukang masak terkenal, Mark Bittman berkata bahawa daging arnab ternak sama rasanya dengan ayam kerana kedua-dua dagingnya ibarat palet kosong yang boleh dilapisi dengan mana-mana perisa yang disukai.[27] Daging arnab lebih pejal daripada daging lembu, babi dan ayam.

Penggunaan arnab sebagai sumber makanan berdaging dibelenggui beberapa masalah, antaranya termasuk: tularemia (“demam arnab”)[28], dan juga “kebuluran arnab” yang mungkin sekali disebabkan oleh kekurangan asid lemak penting dalam daging arnab. Arnab juga menjadi makanan kegemaran ular sawa besar, seperti ular sawa Burma dan ular sawa rendam, baik di alam liar mahupun dalam kurungan.

Pemakanan arnab adalah terlarang dalam agama Yahudi kerana meskipun mengunyah mamahannya, namun kukunya tidak berbelah, seperti yang ditetapkan oleh kitab Imamat[29] dan kitab Ulangan[30] dalam Alkitab Ibrani.

Bulu arnab adakalanya digunakan untuk membuat pakaian dan perhiasan diri, seperti skaf dan topi. Arnab Angora diternak untuk bulunya yang panjang dan halus dan boleh dicukur seperti bulu biri-biri. Arnab juga bagus untuk menghasilkan tahi dan kencing yang penuh dengan nitrogen, untuk meningkatkan daya pengeluaran pokok lemon. Susu arnab juga memberikan faedah perubatan dan khasiat kerana kekayaan kandungan proteinnya.[31]

[sunting] Masalah alam sekitar
Arnab Eropah yang diserang penyakit miksomatosis di Shropshire, England.
Apabila dibawa masuk ke tempat baru, arnab boleh membiak secara berlebihan sehingga mengacau ketenteraman manusia, seperti di kampus universiti ini.Arnab menjadi punca masalah alam sekitar apabila dilepaskan ke alam liar oleh manusia. Disebabkan kekuatan selera dan kadar pembiakannya, penjarahan arnab liar mendatangkan masalah kepada para petani. Pelbagai cara telah digunakan untuk membendung populasi arnab, seperti menyembur gas, membina pagar, menembak, menjerat, dan membela feret sebagai pemangsa, namun cara-cara yang paling berkesan ialah penciptaan penyakit miksomatosis dan kalisivirus. Di Eropah, di mana arnab diternak secara besar-besaran, arnab dilindungi daripada ancaman miksomatosis dan kalisivirus dengan sejenis virus terubah suai secara genetik yang dibangunkan di Sepanyol.

Di Australia dan New Zealand, arnab dipandang sebagai haiwan perosak sehingga tuan tanah diwajibkan oleh undang-undang untuk mengawalnya.[32][33]