Penjagaan Seharian
Pagi : Bekalkan makanan yang baru dan segar serta isi bekas minuman dengan air minuman yang segar.Bersihkan segala najis serta kotoran.Periksa jika makanan telah dimakan dan najis adalah normal. Periksa juga jika botol minuman berfungsi dengan baik.
Petang : Tambah makanan(pellet) dan bekalkan rumput "hay" atau keledek.
Malam : Tambah makanan yang baru dan segar serta isi bekas minuman dengan air minuman yang segar. Bersihkan segala najis serta kotoran.Periksa jika makanan telah dimakan dan najis adalah normal. Periksa juga jika botol minuman berfungsi dengan baik. Arnab makan lebih byk pada waktu malam. Hampir 75%
Penjagaan Mingguan
Bersihkan tempat arnab anda. Sikat bulu arnab anda(jika arnab anda baka yang berbulu tebal dan panjang seperti angora).Basuh botol minuman arnab anda dengan berus yang sesuai.Berikan arnab anda sedikit kudapan(makanan tambahan) seperti buah-buahan atau sayuran tetapi hendaklah di dalam kuantiti yang sedikit saja.
Penjagaan Bulanan
Bersihkan dan gosok tempat arnab anda dengan menggunakan ubat pembasmi kuman seperti dettol ataupun clorox untuk membasmi bakteria. Jangan simpan arnab anda ke dalam tempat mereka sehingga tempat itu kering sepenuhnya.Anda juga harus memeriksa kuku arnab anda.Jika sekiranya panjang,anda haruslah memotong kuku arnab anda supaya anda tidak dicakar dengan kuat olehnya ketika anda mengangkatnya. Potong bahagian hujung saja. Periksa juga gigi arnab anda kerana gigi arnab akan tumbuh sepanjang hayatnya dan sebab itulah anda harus menyediakan sesuatu keras seperti dahan pohon buah-buahan untuk arnab anda mengigitnya
No comments:
Post a Comment