Gambar di sebelah ialah ubat kurap Bexton yang diberikan secara oral kepada dua ekor arnab saya yang disyaki mengalami masalah kurap iaitu mengalami jangkitan kuku di sekitar kuku (20 kuku semuanya sakit). Di sekitar kuku arnab mengelupas dan berwarna kemerahan. Saya lihat juga seolah-olah arnab saya kegatalan. Selalunya penyakit kurap nie dijangkiti bahagian telinga dan sekitar badan arnab…inilah pertama kali arnab saya menghadapi masalah ini. Semuga arnab saya akan segera sembuhlah hendaknya.
Pada mulanya susah jugak nak beri Blink & Spike nie makan ubat…tapi hari ini hari ke 2, mereka agak tenang sedikit..nampak macam sedap la pulak bila tengak Blink & Spike menjilat-jilat ubat tu yang terlekat sekitar mulutnya. Saya gunakan syringe khas untuk small animals, tapi da rosak sket kerana hujungnya kena gigit dek Blink..Sukatan Bexton nie yang disyorkan bagi anda yang menghadapi masalah kurap adalah seperti berikut :-- 0.3ml – anak arnab berusia 6 minggu ke atas
- 0.5ml – arnab dewasa
Bexton Itin Vet – Oral Solution (Ivermectin oral solution)
- sesuai untuk merawat dan mengawal secara dalaman dan luaran masalah parasit bagi arnab,kucing,lembu,kambing,anjing dan kuda.
No comments:
Post a Comment