Memilih Baka
Dimana nak mendapatkan arnab yang sihat?
Walau apa BAKA ARNAB pun yang dipilih pastikan ia dalam keadaan sihat dan aktif, bagaimana anda tahu arnab itu sihat?
Apabila memilih arnab , lihat beberapa perkara yang dapat memastikan bahawa haiwan tersebut dalam keadaan sihat dan sempurna
PENTING!!!
Dimana nak mendapatkan arnab yang sihat?
Walau apa BAKA ARNAB pun yang dipilih pastikan ia dalam keadaan sihat dan aktif, bagaimana anda tahu arnab itu sihat?
Apabila memilih arnab , lihat beberapa perkara yang dapat memastikan bahawa haiwan tersebut dalam keadaan sihat dan sempurna
- periksa dan pastikan keadaan tubuh atau badan arnab- ia hendaklah tidak terlalu kurus atau terlalu gemuk dan tidak membunyai bau yang tidak menyenangkan
- usap bulu arnab tersebut untuk memantikan tidak terdapat luka, periksa juga bahagian pungung , jika terdapat sebarang kekotoran atau cairan ini mungkin disebabkan oleh cirit birit
- mata arnab hendak lah bersih dari sebarang kotoran dan kerak, periksa bulu disekitar mata untuk melihat lelehan air mata dan juga tahi mata
- hidung arnab yang sihat bersih tanpa sebarang kotoran dan cela
- Periksa gigi arnab, ia tidak harus terlalu panjang dan didalam keadaan yang sempurna. Juga pastikan tiada lelehan dan bulu yang basah di bahagian dagu.
- awasi pernafasan arnab, ia seharusnya senyap dan perlahan
- perhatikan pergerakan arnab.. ia seharusnya aktif dan dipenuhi rasa ingin tahu
- perhatikan kawasan arnab itu ditempatkan- arnab harus berada di tempat yang bersih tanpa keadaan sesak dan juga terdedah kepada stress dan juga penyakit
- pilih arnab yang mesra dengan anda – arnab yang tenang dengan kehadiran anda adalah yang terbaik.
PENTING!!!
- Arnab yang berumur kurang dari 4 minggu memang amal comel, tetapi ia masih belum matang untuk dipisahkan daripada susu ibu. Walaupun ia kelihatan pandai berdikari dengan makan dan minum sendiri, tetapi hakikat bahawa sistem penghadaman mereka masih belum matang. Dan ini boleh mendatangkan kematian kepada anak arnab yang terlalu muda.
Jadi amatlah digalakkan mendapatkan arnab yang berumur sekurang-kurangnya 8 minggu. Untuk panduan boleh ada rujuk DiSINI
- Apabila mendapatkan atau membeli arnab daripada pembiak baka… pastikan pembiak baka adalah yang beretika ( yang memberi perhatian dan juga menjaga tahap kesihatan haiwan yang dibiak mereka) dan pastikan juga pembiak baka tersebut memberikan segala maklumat yang ada perlukan. Sentiasa memerhatikan “RED FLAG ” setiap kali anda berhadapan dengan pembiak baka.
No comments:
Post a Comment