Penjagaan Asas
Serat amat penting bagi sistem penghadaman arnab. Rumput kering (Hay- rumput khas yang dipotong dan dikeringkan) dan juga sayuran segar seharusnya adalah diet yang perlu diberikan tanpa limit. Pemakanan yang tidak seimbang dan hanya berpaut kepada pellet boleh menyebabkan masalah penghadaman dan juga kegemukan melampau atau Obesiti kepada arnab. Walaupun serat terdapat di dalam pellet tetapi ia tidak berfungsi sebaik serat yang terkandung didalam rumput kering atau hay, yang mana amat berkesan bagi mengelakan masalah ‘HairBall’. Bagaimanapun tambahan pelet dalam pemakanan arnab dapat memberi diet yang seimbang kepada haiwan ini.
Selain daripada Hay, sayuran dan pelet adalah dikatagorikan sebagai makanan tambahan sahaja dan tidal diberikan secara khas. Sistem penghadaman arnab amat lemah dan sebarang kesilapan boleh menyebabkan masalah kepada arnab. Pemakanan hendaklah dikawal terutama sekiranya mengahadapi masalah arnab obes, walaubagaimana pun pengurangan memberi pelet haruslah diseimbangkan dengan memberi sayuran dan juga Hay tanpa had.
HAY
Rumput kering atau hay (seperti Timothy, Alfalfa, Bermuda dan Oat) seharusnya seharusnya diberikan tampa had kepada arnab. Dengan menambah atau menukar diet hay dua kali sehari didalam diet dan mengurangkan pellet kepada sekali sehari dapat membuat arnab anda cukup lapar dan akan memakan hay yang diberikan. The House Rabbit Society mencadangkan agar anak arnab sehingga berumur 6-7 bulan diberikan rumput Alfalfa. Dan menukarkan kepada rumput dari jenis lain (Timorty, Bermuda, oat) secara berperingkat sehingga diet penuh adalah rumput dari jenis Timothy, Bermuda atau Oat. Ini adalah kerana rumput Alfalfa tinggi dengan kalsium dan protein dan rendah serat daripada jenis hay yang lain dan tidak sesuai bagi diet arnab dewasa.
Rumput Alfalfa… bagus untuk arnab muda sehingga berumur 6 bulan
Rumput Timothy… untuk arnab dewasa.
*photos taken from www.chubbypetsgarden.com
Untuk makluman cara untuk mendapatkan nya boleh menghubungi ChubbyPetsGarden-Online StoreSAYURAN SEGAR
Sayuran seharusnya diberikan kepada arnab. Bergantung kepada size arnab tersebut, 2-4 cawan sayuran segar patut diberikan setiap hari. Kepelbagaian jenis sayur dapat mengimbangi diet. Jika arnab sudah biasa dengan diet pelLet, peralihan kepada diet baru hendaklah dibuat berperingkat agar sistem penghadaman arnab tidak terganggu. Perkenalkan satu persatu jenis sayur kepada arnab, ini dapat mengesan sayuran yang tidak sesuai dengan arnab anda sekiranya berlaku cirit-birit. Jangan sesekali beri kepada arnab sayur yang telah layu dan tidak segar ini boleh menyebabkan cirit birit. Basuh sayuran dengan aliran air dan jika was was rendam sayuran didalam air selama 30 minit. Ini bukan sahaja dapat membuang segala racun serangga yang digunakan.. tetapi juga memboleh sayuran menyerap lebih banyak air yang mana ia bagus untuk arnab.
Sayuran boleh diperkenalkan kepada arnab yang berumur 12 minggu dalam jumlah yang kecil. Tapi kebiasaannya saya memperkenalkan arnab kepada sayur hanya setelah arnab berumur 4 bulan. Ini adalah kerana sistem penghadaman yang masih muda dan dikhuatiri boleh menyebabkan cirit birit yang berlarutan dan boleh membawa kepada kematian.
Sayur sayuran yang boleh diberi;
PERINGATAN!!!
Iceberg Lettuce atau Salad Bulat atau Bola tidak boleh diberikan kepada arnab.
Untuk maklumat lebih lanjut, berkenaan jenis dan kuantiti yang boleh diberikan boleh klik di “Suggested Vegetable”
PELLET
Pellet diperkenalkan bagi pemakanan arnab yang diternak diladang-ladang dan dalam kuantiti yang besar, dan ia sangat tinggi dengan kalori. Dasarnya ia tidak sesuai untuk arnab dirumah kerana boleh menyebabkan masalah Obesiti dan masalah kesihatan jika diberikan secara tetap. Bagaimana pun pellet penting bagi keseimbangan khasiat lain yang diperlukan oleh arnab. Pakar berpendapat diet yang seimbang untuk arnab adalah pellet, sayuran dan juga Hay yang tiada had.
Pilih pelet yang baik kualitinya. The House Rabbit Society mencadangkan kandungan pelet hendaklah 20-25% adalah serat, dalam 14% protin (bukan protin haiwan), dan kurang dari 1% kalsuim adalah baik untuk arnab peliharaan. Bagi arnab dewasa kuantiti pelet hendaklah dikawal mengikut berat badan. Sebagai panduan ¼ cawan untuk berat arnab 5-7 lb, ½ cawan untuk 8-10lb, dan ¾ cawan untuk 11-15lb berat arnab. Arnab muda atau anak arnab berikan tambahan ½ cawan / 6 lb beratnya sehingga mencapai umur 6 bulan.
Pellet yang disyorkan,
Snek untuk Arnab??
Kami mencadangkan 1-2 sudu besar buah buahan segar diberikan kepada arnab sebagai snek. Memandangkan kandungan karbohidrat dan gula didalam snek ini terlalu tinggi. Maka memberi arnab dalam kuantiti yang banyak dan kerap adalah tidak sesuai, kerana ia akan mendatangkan masalah kepada arnab.Untuk maklumat lebih lanjut, berkenaan jenis dan kuantiti yang boleh diberikan boleh klik di “Suggested Fruits”
MEMILIH SANGKAR
Arnab boleh dipelihara didalam rumah dengan baik sekali. Dengan kebebasan untuk bergerak bebas didalam rumah ( pastikan ia selamat untuk arnab). Arnab amat mudah dilatih mengunakan tandas. Walaupun arnab anda mungkin tidak dikurung dan boleh bergerak bebas didalam rumah, sangkar masih dianggap sebagai sarang atau tempat selamat baginya dimana ia boleh berasa selesa dan selamat.
Terdapat berbagai jenis dan saiz sangkar dipasaran. Sama ada kecil atau besar, dan kebanyakannya berlantai jaring , yang mana mudah dibersihkan pastikan ia cukup selesa untuk arnab. Mudah dan cantik bagi anda bukan bermakna selesa bagi arnab.
Saiz dan ukuran
Seperti biasa lebih besar ada lah lebih baik. Sekiranya arnab anda kebanyakan masanya di dalam sangkar, dapatkan sangkar yang cukup besar dan praktikal dirumah. Sebagai panduan saiz sangkar sebaiknya 4 kali ganda besarnya daripada size arnab. Contohnya 24” x 36” untuk arnab seberat kurang dari 8lbs atau 30” x 36” untuk arnab yang lebih besar.
Arnab mudah untuk di “litter trained”, jadi lantai solid tidak menjadi masalah dan mudah untuk dibersihkan. Kebanyakan sangkar dipasaran mengunakan jaring dawai/besi sebagai lantai bagi tujuan mudah untuk dibersihkan. Bagaimanapun ini amat kurang selesa kepada arnab dan boleh menyebabkan masalah seperti “sores hocks”. Sekiranya anda mengunakan sangkar sebegini, pastikan anda meletakan sekeping papan atau jubin ceramic atau apa2 saje bahan lain untuk mewujudkan lantai solid bagi arnab anda berpijak. Bagi memudah kan sisa pembuangan jatuh terus ke bawah .. dicadangkan agar diletakan jaring plastic bersaiz ½”x½“ atau plastic anti gelincir yang sering digunakan di bilik mandi sebagai lantai sangkar.
Pintu sangkar hendaklah cukup luas dan lebar bagi memudahkan anda membersihkan dan juga arnab keluar masuk sangkar. Sebaiknya elakan membeli sangkar yang mengunakan pintu dari atas sangkar. Pintu di sisi adalah yang terbaik. Pastikan tidak ada besi, wayar atau dawai tajam didalam, lantai , dinding dan pintu sangkar.
Seandainya anda seorang yang kreatif dan pandai bertukang. Anda boleh membina sendiri sangkar arnab anda. Bukan saya lebih practical tetapi juga menambahkan keseronokan anda memelihara arnab.
Sangkar 2 tingkat dengan ukuran 4′ x 2′ x 2′
Sangkar hendahlah selesa, boleh memuatkan ‘Toilet tray’ dan juga bekas makanan dan minuman, sertakan juga bahan mainan agar arnab tidak bosan.
Kemasan Bulu/ Grooming
Arnab adalah sejenis haiwan yang sangat pembersih, dan menghabiskan masa yang lama untuk megemas dan merapi diri. Dan ini bermakna mereka tidak perlu dimandikan , bagaimanapun menyikat atau memberus mereka boleh menghasilkan lapisan bulu yang sihat dan juga mengelakan HairBalls dari berlaku.
Menyikat atau memberus
Jika arnab anda berbulu pendek, melakukan rutin menyikat dan memberus sekali seminggu adalah digalakan. Apabila tiba musim pertukaran kepada bulu yang baru (ia berlaku 3 bulan sekali), rutin yang lebih kerap adalah baik. Pada masa yang lebih teruk , sekiranya anda dihujani dengan bulu arnab atau bulu arnab berterbangan hampir keseluruhan rumah, rutin ini hendaklah dilakukan setiap hari. Harus diingat yang kulit arnab amat nipis dan sensitive, jadi berhati hati dan gunakan berus atau sikat yang dikhaskan atau sesuai untuk arnab. Mengusap bulu arnab dengan tangan yang basah juga dapat membantu membuang bulu yang gugur dan mati.
Sikat @ Slicker dan Berus untuk arnab *photos taken from www.chubbypetsgarden.com
untuk mendapatkannyer dan keterangan lanjut Hubungi ChubbyPetGarden
Jika ada memelihara baka Angora, runtin ini adalah lebih kerap. Melainkan jika anda ingin arnab anda berbulu panjang dan tebal. Kemaskan bulu arnab sehingga 1inci panjang jika tidak bulu akan mudah bergumpal dan arnab akan mengalami masalah HAIRBALLS (“wool Block’). Anda boleh melakukan sendiri atau menghantar kepada GROOMER. Harus berhati ketika mengemas dan memotong bulu arnab, kerana kulit arnab tipis dan amat mudah terluka secara tidak sengaja. Bagi tujuan ini adalah lebih baik melakukannya sejak arnab masih muda, ini membolehkan arnab lebih tenang kerana telah biasa.
Adalah digalakan melakakukan Grooming sendiri ini adalah kerana ia memberi masa yang berkualiti diantara anda dan arnab anda. Ini boleh membuatkan arnab anda lebih mesra dengan anda.
Membuang Gumpalan Bulu
Sekiranya arnab anda mempunyai gumpan bulu pada bulunya, jangan mengunakan gunting untuk membuangnyer , kerana ia amat mudah secara tidak sengaja terpotong kunit arnab tersebut. Dengan sabar dan secara lembut buang ia sedikit demi sedikit, berhati hati juga agat tidak menarik kulit arnab terlalu kuat. Ia mungkin mengambil masa yang lama dan berkali kali untuk membuang gumpalan bulu tersebut. Atau anda boleh memdapatkan FURMINATOR untuk menyelesaikan masalah anda.
Adakah arnab perlu dimandikan?
TIDAK. Arnab tidak perlu dimandikan seperti memandikan kucing atau anjing. Ini kerana merendam arnab di dalam air boleh mendatangkan stress kepada arnab. Jika arnab anda betul betul kotor hanya basuh ditempat yang betul betul kotor. Ataupun lap dengan mengunakan tuala yang dibasahkan. Hanrus diingat juga bulu arnab mengambil masa yang lama untuk kering. Sekirannya arnab anda tidak stress bolehlah mengunakan pengering rambut (Blow Dryer) pada suhu yang rendah dan tidak terlalu panas. Bunyi alat pengering rambut ini juga boleh mendatangkan stress. Jadi sebagai alternatifnyer lapkan arnab dengan mengunakan beberapa helai tuala yang bersih.
Atau anda boleh mengunakan dry shampoo yang memang dikhaskan untuk membersihkan arnab tanpa perlu membasahkan atau memandikannya dengan air.
Powder Shampoo untuk arnab *photos taken from www.chubbypetsgarden.com
Untuk keterangan lanjut boleh dapatkanyer di ChubbyPetGarden – Online Store
MEMOTONG KUKU
Memotong dan memastikan kuku arnab pendek adalah baik untuk anda dan juga arnab. Baik bagi anda kerana anda tidak akan mengalami luka tercalar ketika anda megendalikan arnab dan baik untuk arnab kerana ia dapat mengelakkan Sore Hock dari berlaku.
Periksa kuku arnab seminggu sekali dan potong sekiranya kelihatan panjang. Harus diingat anda harus lah memotongnya dengan betul, ini adalah kerana kuku arnab mempunyai salur darah.
No comments:
Post a Comment