Alfalfa hay & timothy hay
Pemakanan Arnab – rumput kering alfalfa & timothy
Terdapat 2 jenis hay atau rumput kering utama yang amat sesuai diberikan kepada arnab anda iaitu alfalfa hay dan timothy hay. Perbezaan antara kedua jenis hay ini akan dinyatakan dengan lebih jelas di bawah.
Timothy Hay
Timothy hay sangat baik bagi sistem penghadaman arnab. Timothy hay bagus untuk kesihatan gigi kerana tabiat sering mengunyah oleh arnab anda, seperti yang kita tahu pertumbuhan gigi arnab adalah berterusan. Timothy hay juga membuatkan perut arnab anda sentiasa kenyang tanpa perlu melakukan aktiviti mengigit sangkar,kayu ataupun wayar komputer. Timothy hay sesuai untuk arnab yang berusia 6 bulan dan ke atas, kerana Timothy hay kurang lemak dan kurang kalsium.
Alfalfa Hay
Alfalfa hay kaya dengan nutrisi, lemak, kalsium dan kalori. Arnab yang dibela di dalam rumah boleh menjadi gemuk disebabkan memakan alfalfa hay. Ianya sesuai untuk arnab yang berusia 6 bulan dan ke bawah. Juga amat baik untuk penghasilan susu bagi arnab yang sedang bunting atau menyusukan anak. Pemberian alfalfa hay ini boleh diberi tanpa had kepada arnab anda.
Alfalfa juga terdapat dalam bentuk pellet dan cube.
Meskipun begitu di samping memberi timothy atau alfalfa hay, diet pemakanan arnab harus dilengkapi dengan sayuran segar, pellet dan air bersih.

No comments:
Post a Comment