About Me

My photo
Kajang, selangor, Malaysia
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia Terima kasih kerana melawat blog ini dibuat khas untuk peminat arnab,berkongsi cerita dan hobi.arnab yang ada disini untuk dipelihara sebagai haiwan kesayangan.kunjungan anda amat dialu-alukan.Nasihat,pandangan dan tunjuk ajar dari semua amat diperlukan.. h/p no 0172691072. manjalara44@yahoo.com Maaf jika ad kekurangan dan komen lah kerana inya dapat membantu saya

Monday, May 2, 2011

Arnab? Anda Perlu Tahu?

Sering terserempak dengan soalan-soalan asas bagi seseorang yang baru berjinak-jinak ingin mengambil atau membeli arnab sebagai haiwan kesayangan.
Antara soalan yang selalu ditanya
  • Dimana nak mendapatkan arnab yang sihat?
  • Sangkar yang sesuai ?
  • Boleh atau tidak saya memelihara arnab saya di dalam/luar rumah?
  • Boleh saya memelihara hanya 1 atau 2?
  • Saya ada mendengar Hay (rumput kering) baik untuk arnab, apa itu Hay?
  • Perlukah saya memandikan arnab saya?
  • Apa perlunya saya memotong kuku arnab saya?
  • Boleh atau tidak arnab saya mendapat penyakit, dan apa puncanya?
  • Kembiri (spay @ neuted )… apa perlunya ?
Sebelum menjawab setiap soalan diatas atau yang berlegar di fikiran pembaca…. Ada beberapa faktor yang perlu diingat sebelum mengambil atau memelihara arnab tidak kira untuk anda atau menjadikan hadiah kepada anak atau teman wanita.

Fikirkan dan tanyakan
  1. Adakah anda sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab yang akan berlarutan sehingga akhir hayat arnab itu… kerana jangka hayat arnab mungkin mencapai 10 tahun
  2. Adakah orang lain didalam rumah juga mersa arnab?
  3. Arnab adalah haiwan exotic dan perbelajaan perubatannya adalah Tinggi.. adakah anda sudah bersedia?
  4. Adakah dikalangan keluarga anda yang mengalami alahan terhadap rabbit atau Hay?
  5. Adakah anda mampu menyediakan sangkar atau kawasan yang sesuai bagi arnab anda?
  6. Adakah kawasan atau rumah ada adalah Mesra Arnab?
  7. Adakah anda ada memelihara haiwan lain yang boleh mengancam arnab? (kerana arnab amat sensitive, dengan kejutan sedikit boleh menyebabkan kematian)
  8. Adakah anda pernah mempunyai Arnab sebelum ini? Dimana arnab itu sekarang?
  9. Adakah ada mempunyai masa untuk mengawasi arnab anda?
  10. Adakah rumah/apartment ada membenarkan ada memelihara haiwan?
  11. Sekiranya anda berpindah, berkahwin dan mempunyai anak dan juga mempunyai komitmen, adakah anda masih mampu mengawasi arnab anda?
  12. Jika anda menghadiahkan nya untuk anak anda.. adakah anda rasa anak anda sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab bagi membersihkan, memberi makan dan sebagainya. Jika tidak pastikan ada dikalangan dewasa atau anda sendiri yang memikulnya.
Sekiranya semua soalan diatas, anda para pembaca Blog ini dapat menjwab Ya… mungkin anda bersedia untuk kehadiran arnab atau apa-apa sahaja haiwan sebagai haiwan kesayangan.
Sekarang Cuba fikirkan pula… adakah ANDA sesuai memelihara atau menjadikan  arnab sebagai haiwan peliharaan?
  1. Adakah saya seorang yang sabar?
  2. Adakah saya suka melihat kelincahan dan belajar cara2 spesis lain berkomunikasi?
  3. Adakah saya mempunya masa yang banyak dirumah?
  4. Adakah saya suka mengabiskan masa dengan duduk diatas lantai?
Untuk pengetahuan ASAS
  • Arnab Boleh dilatih untuk mengunakan tandas (Toilet Tray) –untuk arnab tentunya
  • Jangka hayat arnab boleh mencapai 8-12 tahun, dan mungkin lebih lama
  • Arnab adalah haiwan yang suka bergaul
  • Arnab adalah teman yang baik di rumah
  • Arnab akan menghasilkan bunyi “purr” seperti kucing bila gembira dan senang hati
  • Seperti Kucing dan anjing, arnab juga perlu di kembiri (Spay/Neuted) untuk kesihatan dan juga bagi mengawal perilaku matang.
  • Arnab bukan seperti kucing yang suka dipeluk dan digendong, mereka lebih selesa duduk disisi anda di atas lantai, dan mendapat usapan mesra dan manja dari anda
  • Arnab amat sukakan permainan. Kotak kad board, plastic berwarna , bola berloceng adalah antara permainan digemari.
  • Arnab amat gemar menguyah. Jadi sediakan bahan untuk mereka menguyah seperti potongan blok kayu. (atau mereka akan menguyah harta benda anda)
  • Arnab hendaklah dijauhi dari bahaya seperti, pemangsa, kabel electric dan telifon, racun atau tumbuhan beracun dan  suhu yang melampau.

No comments:

Post a Comment