Gambar di sebelah ialah ubat kurap Bexton yang diberikan secara oral kepada dua ekor arnab saya yang disyaki mengalami masalah kurap iaitu mengalami jangkitan kuku di sekitar kuku (20 kuku semuanya sakit). Di sekitar kuku arnab mengelupas dan berwarna kemerahan. Saya lihat juga seolah-olah arnab saya kegatalan. Selalunya penyakit kurap nie dijangkiti bahagian telinga dan sekitar badan arnab…inilah pertama kali arnab saya menghadapi masalah ini. Semuga arnab saya akan segera sembuhlah hendaknya.- 0.3ml – anak arnab berusia 6 minggu ke atas
- 0.5ml – arnab dewasa
Bexton Itin Vet – Oral Solution (Ivermectin oral solution)
- sesuai untuk merawat dan mengawal secara dalaman dan luaran masalah parasit bagi arnab,kucing,lembu,kambing,anjing dan kuda.

No comments:
Post a Comment